z-logo
open-access-imgOpen Access
Peruntukan Dana Zakat Bagi Kos Rawatan Jantung Kanak-Kanak: Amalan di Institusi Zakat di Malaysia
Author(s) -
Azman Ab Rahman,
Muhammad Faiz A.S.,
Said Afaf,
Nurul Nadia Nozlan
Publication year - 2021
Publication title -
ulum islamiyyah
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2289-4799
pISSN - 1675-5936
DOI - 10.33102/uij.vol33no2.383
Subject(s) - malay , arabic , political science , medicine , newspaper , family medicine , pediatrics , philosophy , linguistics , law
Heart disease is one of the leading causes of death for Malaysians in the country and it can affect most infants or children due to congenital heart disease (CHD), viral or bacterial infections. Treatment for pediatric heart patients requires high costs and takes a relatively long period of time. This affects parents and guardians of children in covering treatment funds and readiness to face such a difficult situation. Aims & Objectives: This study aims to identify the practices and problems in providing zakat funds for the cost of treatment of pediatric heart patients based on the eligible groups (asnaf) for zakat. Methodology: This qualitative study adopts document analysis methods. Data & Analysis: Primary and secondary sources involving the turath (classical) books related to infaq (charity), as well as other resources such as books, journals, articles, conference papers/seminars, research papers, thesis, newspaper, website and the like either in Malay, Arabic or English. Results & Findings: The results of the study shows that there are several zakat institutions that play an important role in helping the cost of treatment of heart patients in general ranging from the cost of early detection of treatment to the cost of follow-up treatment. However, the proposed formation of a contribution fund specifically can be implemented to help pediatric heart patients from the asnaf group. The noble efforts and initiatives made by this zakat institution clearly prove that zakat plays a big role in helping Muslims in any situation. Abstrak Pendahuluan: Penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian rakyat Malaysia di negara ini dan ia boleh dihidapi oleh kebanyakan bayi atau kanak-kanak yang berpunca daripada masalah penyakit jantung kongenital (CHD), jangkitan virus atau bakteria. Rawatan bagi pesakit jantung kanak-kanak memerlukan kos yang tinggi dan memakan tempoh masa yang agak lama. Perkara ini memberi kesan terhadap ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dalam menampung dana rawatan dan kesediaan menghadapi situasi getir sebegini. Tujuan dan Objektif: Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan dan permasalahan institusi zakat dalam menyediakan peruntukan bagi kos rawatan pesakit jantung kanak-kanak daripada golongan asnaf. Ini adalah selaras dengan peranan Institusi zakat dan Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia sentiasa prihatin dan komitmen dalam membantu umat Islam di Malaysia dalam aspek kehidupan, ekonomi, pendidikan termasuk kesihatan.  Metodologi: Kajian berbentuk kualitatif ini mengunakan kaedah analisa dokumentasi. Data & Analisis: Sumber primer dan sekunder melibatkan kitab-kitab turath sebagai rujukan utama berkaitan infaq, dan juga sumber lain seperti buku, jurnal, artikel, kertas persidangan/seminar, kertas penyelidikan, tesis, keratan akhbar, carian di laman sesawang dan seumpama dengannya sama ada dalam versi bahasa Melayu, bahasa Arab atau bahasa Inggeris. Dapatan Kajian: Hasil kajian mendapati bahawa sejumlah institusi zakat memainkan peranan yang penting bagi membantu kos rawatan pesakit jantung secara umum bermula dari kos pengesanan awal rawatan sehingga kos rawatan susulan. Cadangan pembentukan dana sumbangan secara khusus boleh dilaksanakan bagi membantu para pesakit jantung khusus kanak-kanak dari golongan asnaf.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here