
Kerangka Pembangunan Insan Dalam Mengupaya Keusahawanan Asnaf: Rasulullah SAW Sebagai Model Usahawan
Author(s) -
Mohd Arif
Publication year - 2021
Publication title -
jurnal sains insani
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 0127-7871
DOI - 10.33102/sainsinsani.vol6no3.368
Subject(s) - management , business administration , sociology , political science , business , economics
Usahawan asnaf dapat diklasifikasikan sebagai asnaf fakir dan miskin yang didedahkan dengan kemahiran dan kecenderungan dalam bidang keusahawanan. Bantuan modal yang diterima oleh institusi zakat membolehkan mereka berkecimpung dalam bidang perniagaan, sekaligus bertujuan untuk menjadikan asnaf sebagai pengeluar zakat. Justeru, artikel ini membincangkan aspek yang dapat diteladani oleh usahawan asnaf berpandukan perjalanan sirah Nabi Muhammad SAW sebagai peniaga dan pedagang yang berjaya. Kajian merumuskan bahawa kualiti peribadi berpandukan agama adalah amat penting membangunkan dan merealisasikan keusahawanan asnaf yang berjaya.
Asnaf entrepreneurs can be classified as poor and needy asnaf who are exposed to skills and inclinations in the field of entrepreneurship. The capital assistance received by zakat institutions enables them to engage in business, at the same time aiming them later to transform into producers of zakat. Thus, this article discusses the aspects that can be emulated by asnaf entrepreneurs based on the historical journey of the Prophet Muhammad SAW as a successful trader. The study concludes that religiously-guided personal qualities are very important in developing and realizing successful asnaf entrepreneurship.