z-logo
open-access-imgOpen Access
Pendekatan Retorik Quranik Dalam Pembentukan Adab dan Kesopanan Komunikasi Berasaskan Komuniti; Satu Tinjauan Menerusi Surah An-nisa
Author(s) -
Wan Azura W.A,
Ahmad Fazullah M.Z.A
Publication year - 2021
Publication title -
jurnal sains insani
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 0127-7871
DOI - 10.33102/sainsinsani.vol6no2.296
Subject(s) - humanities , sociology , political science , philosophy
Pendidikan kesopanan komunikasi dan adab susila perlu diterapkan dalam setiap individu kerana ia merupakan benteng penting dalam mengawal perilaku seseorang. Golongan yang paling mudah terpengaruh dengan masalah kerosakan akhlak dan salah laku masyarakat adalah remaja. Jiwa remaja yang sentiasa sukakan cabaran dan perkara baru mendorong remaja sentiasa ingin mencuba dan kecetakan ilmu pengetahuan biasanya menjebakkan mereka ke dalam kancah perilaku yang salah. Oleh yang demikian pendidikan akhlak perlu disemai semenjak kecil bermula dengan ilmu akidah, seterusnya ilmu akhlak seperti menghormati ibu bapa dan seterusnya bijak bersosial serta bergaul dengan jiran tetangga serta masyarakat keseluruhannya. Objektif kertas kerja ini cuba mengupas permasalah akhlak serta kesannya terhadap komuniti masyarakat. Selain itu kertas kerja ini juga meninjau beberapa kupasan Adab dan kesopanan komunikasi dalam al-Quran iaitu Surah An-nisa’ dalam menangani masalah ini.  Metodologi kajian ini berdasarkan kajian deskriptif dan analisis kandungan ayat-ayat terpilih bertemakan adab dan akhlak dari surah an-Nisa’. Dapatan kajian mendapati bahawa surah an-Nisa banyak mengandungi unsur adab yang boleh dipraktikan terutamanya berkaitan harga diri.  Pemahaman yang jelas terhadap isu kandungan al-Quran ini khususnya dalam hal berkaitan akhlak boleh dijadikan pedoman terutama kepada golongan remaja dalam membentuk perwatakan mereka.  Kepentingan kajian adalah kerana ia merupakan salah satu bidang penyelidikan yang menggabungjalinkan pelbagai bidang (multidisciplinary) iaitu bidang adab sosial, psikologi dan retorik bahasa Arab-al-Quran dalam menjelaskan tema-tema kemanusiaan dalam al-Quran sebagai panduan kepada manusia sejagat.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here