z-logo
open-access-imgOpen Access
Pembelajaran Menggunakan Kaedah Koperatif ‘Stay and Stray’ Terhadap Kreativiti dan Motivasi Penulisan Bahasa
Author(s) -
CIAN WEN NG,
M. SYAWAL AMRAN
Publication year - 2021
Publication title -
jurnal sains insani
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 0127-7871
DOI - 10.33102/sainsinsani.vol6no2.278
Subject(s) - humanities , psychology , art
Mengarang adalah kemahiran untuk seseorang individu mengutarakan idea dan perasaan ke dalam bentuk tulisan secara rasional untuk manusia berkomunikasi.  Dengan itu, kemahiran mengarang merupakan salah satu bahagian yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa.  Namun, kemahiran mengarang adalah kemahiran yang paling sukar dikuasai sekiranya berbanding dengan kemahiran lain seperti mendengar, bertutur dan membaca.  Dengan itu, kertas konsep ini bertujuan untuk menerangkan penggunaan kaedah koperatif Stay and Stray dalam pembelajaran penulisan bahasa.  Kaedah Stay and Stray merupakan kaedah pembelajaran dalam kumpulan-kumpulan kecil dan melibatkan bekerjasama antara anggota dalam usaha menyelesaikan tugasan yang diberikan untuk menguasai bahan pembelajaran.  Kertas konsep ini menerangkan konsep dan cara pelaksanaan kaedah koperatif Stay and Stray dalam pembelajaran penulisan secara terperinci.  Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kaedah ini turut dibincangkan dan perkaitan kaedah ini dengan prinsip-prinsip Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky juga dijelaskan.   Selain itu, kertas konsep ini juga menelitikan pengaruh kaedah Stay and Stray terhadap kreativiti dan motivasi menulis.  Kertas konsep ini dijangka dapat menggalakkan lebih banyak guru terutamanya guru yang menghadapi masalah pengajaran penulisan untuk menambahbaikan amalan pengajaran supaya berjaya memberikan pengajaran dan pembelajaran penulisan yang berkesan positif dan berkualiti.  Di samping itu  memberi input kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri serta Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha merancangkan rancangan-rancangan, dasar-dasar dan kurikulum pendidikan dalam bidang pembelajaran penulisan bahasa. 

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here