z-logo
open-access-imgOpen Access
Persepsi Kaunselor terhadap Gangguan Stres Pasca Trauma (Post-Traumatic Stress Disorder) Mangsa Buli di Malaysia
Author(s) -
Siti Fadhlina Mustapa Kamal,
Siti Khadijah Mohd Nasrah,
Syed Mohamad Syed Abdullah
Publication year - 2021
Publication title -
jurnal sains insani
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 0127-7871
DOI - 10.33102/sainsinsani.vol6no1.277
Subject(s) - humanities , psychology , physics , art
Mangsa buli di sekolah berisiko tinggi untuk mengalami isu Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD). Pelbagai risiko isu psikologikal mendatang seperti penyalahgunaan bahan serta kecenderungan membunuh diri boleh berlaku jika tidak ditangani. Ekoran daripada itu, penglibatan kaunselor dan guru bimbingan kaunseling diharapkan dapat membendung gejala PTSD ini dengan memberi intervensi awal kepada mangsa buli yang mengalami trauma. Justeru, satu kajian tinjauan analisis keperluan telah dilaksanakan bagi mengenal pasti persepsi kaunselor terhadap isu PTSD mangsa buli. Seramai 161 orang kaunselor dari pelbagai institusi telah terlibat dalam kajian ini melalui teknik Pensampelan Mudah. Kaedah pengumpulan data melalui borang soal selidik telah diedarkan secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Google Form’. Data kuantitatif dianalisis menggunakan analisis deskriptif melalui analisis kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran kaunselor tentang isu PTSD mangsa buli berada di tahap baik (87.6%). Namun begitu, kesedaran dan pengetahuan kaunselor kurang terhadap isu-isu psikologikal mendatang serta kurang berkemahiran dalam membina intervensi kaunseling yang sesuai. Oleh itu, satu tindakan bagi menerapkan kesedaran, pengetahuan dan kecekapan kemahiran tentang PTSD mangsa buli di kalangan kaunselor khususnya di peringkat sekolah perlu dilaksanakan supaya mangsa buli tidak dipinggirkan tetapi dibantu agar mereka dapat mencapai psikologi yang sejahtera.     Victims of bullying in schools are at high risk for Post-Traumatic Stress Disorder. Various psychological issues such as substance abuse as well as suicidal tendencies can occur if left untreated. As a result, the involvement of counselors and counseling guidance teachers is seen as important to curb the symptoms of PTSD by providing early intervention to victims who are traumatized. Thus, a quantitative needs assessment survey was conducted to obtain preliminary information on counselors’ perceptions of PTSD symptoms among adolescents victims of bullying. A total of 161 counselors from various institutions were involved in this research through Convenience Sampling. Data collection methods through questionnaires have been distributed online using the Google Form application. Quantitative data were analyzed by frequency counts and percentage analysis. The findings of the study show that the level of counselor awareness on the issue of PTSD victims of bullying is at a good level (87.6%). However, their awareness and knowledge on the risk of psychological issues is lacking and they are less competent in constructing appropriate trauma counseling interventions.Thus, an action to inculcate competency skills and awareness towards PTSD of bullying victim among school counselors should be implemented upon in uplifting the victims’ psychological well being .

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here