z-logo
open-access-imgOpen Access
Kajian Pembelajaran Sebagai Medium Pembangunan Insan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Cabaran
Author(s) -
Rabiatul ‘Aqilah Mohamad Ariffin,
Zanaton H. Iksan
Publication year - 2021
Publication title -
jurnal sains insani
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 0127-7871
DOI - 10.33102/sainsinsani.vol6no1.241
Subject(s) - humanities , philosophy
Kajian pembelajaran adalah salah satu daripada alat (tools) yang digunakan dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai usaha untuk meningkatkan nilai profesionalisme keguruan serta pembelajaran murid. Namun terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan kajian pembelajaran bagi memastikan nilai kemenjadian pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu-isu yang dihadapi oleh guru-guru dalam pelaksanaan kajian pembelajaran serta menyiasat perbezaan dapatan kajian tentang cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam pelaksanaan kajian pembelajaran dengan menggunakan pengkalan data Scopus serta carta alir PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses). Sembilan buah kajian didapati membincangkan tentang cabaran guru dalam kajian pembelajaran.Terdapat beberapa cabaran besar yang dibahagikan kepada faktor sekolah (kekangan masa, bebanan kerja guru, dan sokongan daripada pentadbiran sekolah) dan faktor guru (pendekatan pengajaran, pengetahuan guru, kerjasama dalam berkolaboratif, serta estim kendiri). Sorotan kajian ini menyerlahkan jurang kajian yang boleh dilakukan pada masa akan datang mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam kajian pembelajaran supaya penambahbaikan dapat dilakukan secara keseluruhan. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membekalkan sumber rujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah, Bahagian Pendidikan Guru, serta semua pihak dalam pendidikan di Malaysia untuk penambahbaikan yang berterusan.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here