
ANALISA PERUNDANGAN BURUH PAKSA DALAM KONTEKS PIAWAIAN PERBURUHAN ANTARABANGSA DAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Author(s) -
Haziman Muhamad,
Hendun Abd Rahman Shah,
Kamal Halili Hassan
Publication year - 2021
Publication title -
malaysian journal of syariah and law/malaysian journal of syariah and law
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2590-4396
pISSN - 1985-7454
DOI - 10.33102/mjsl.vol9no2.348
Subject(s) - political science , humanities , art
ABSTRAK
Isu eksploitasi buruh sehingga kini terus mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa. Ia adalah salah satu bentuk pemerdagangan orang yang ditempelak masyarakat dunia. Sebagai sebuah negara yang menjadi ahli kepada International Labour Organisation (ILO), isu ini perlu dipandang serius dan dibanteras. Artikel ini bertujuan mengkaji standard perburuhan antarabangsa dan peruntukan undang-undang di Malaysia berkaitan buruh paksa dan pemerdagangan orang dengan menganalisa kerangka perundangan dan isu-isu berkaitan menggunakan metodologi doktrinal dan kajian kepustakaan termasuk analisa beberapa kes-kes yang diputuskan di mahkamah. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang tempatan seperti Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)[Akta 670] yang mencakupi aspek eksploitasi dan paksaan, begitu juga Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446], dan namun terdapat dakwaan bahawa masih terdapat lacuna dalam undang-undang ini dan ianya memerlukan penambahbaikan bagi menangani isu eksploitasi buruh atau amalan buruh paksa di Malaysia dengan jayanya. Dapat disimpulkan bahawa oleh kerana terma buruh paksa tidak didefinisikan dalam mana-mana undang-undang di Malaysia ia menyebabkan ketidakjelasan dan kesukaran dalam pemakaian dan penguatkuasaan undang-undang. Justeru, amat penting untuk memahami dengan tepat sesuatu terma yang dimaksudkan dalam perundangan bagi memastikan sejauh mana ekstremnya eksploitasi buruh atau amalan buruh paksa dalam konteks negara Malaysia