z-logo
open-access-imgOpen Access
Faktor Luar Kawalan Dalam Penentuan Status Talak Tiga Sekali Lafaz di Mahkamah Syariah
Author(s) -
Zaini Nasohah,
Mahfuzah Binti Abdul Shukor
Publication year - 2018
Publication title -
malaysian journal of syariah and law/malaysian journal of syariah and law
Language(s) - Slovenian
Resource type - Journals
eISSN - 2590-4396
pISSN - 1985-7454
DOI - 10.33102/mjsl.v6i3.91
Subject(s) - humanities , physics , psychology , political science , philosophy
Perceraian melalui lafaz talak tiga dalam satu masa merupakan perkara yang diperselisihkan dikalangan fuqaha. Perbezaan pendapat ini turut mencorakkan keputusan-keputusan mahkamah dalam membuat pengesahan status lafaz talak berkenaan. Selain faktor lafaz sorih dan kinayah, terdapat faktor-faktor lain yang boleh menentukan status lafaz talak tiga sekali lafaz. Makalah ini bertujuan membincangkan kesan faktor-faktor luar kawalan suami yang melafaz talak dalam penentuan status talak tiga sekali lafaz di Mahkamah Syariah. Kajian ini adalah kajian kes menggunakan kaedah analisa kandungan. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan perbandingan. Hasil analisis mendapati faktor lain yang dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menentukan status kes talak tiga dalam satu lafaz ialah keadaan lafaz talak yang diucapkan dan keadaan suami sebelum, semasa dan selepas melafazkan talak. Ia merangkumi faktor-faktor luar kawalan iaitu sedar, paksaan, hilang pertimbangan, hilang kawalan diri dan kejahilan tentang kesan talak. Faktor-faktor tersebut boleh dibuktikan menerusi sumpah ataupun dokumen perubatan.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here