z-logo
open-access-imgOpen Access
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: RUJUKAN KES-KES DALAM JURNAL HUKUM
Author(s) -
Amir Husin Moh Nor
Publication year - 2018
Publication title -
malaysian journal of syariah and law/malaysian journal of syariah and law
Language(s) - Estonian
Resource type - Journals
eISSN - 2590-4396
pISSN - 1985-7454
DOI - 10.33102/mjsl.v6i3.134
Subject(s) - physics , humanities , philosophy
Keterangan merupakan elemen penting dalam sesuatu perbicaraan. Keterangan yang mematuhi kaedah-kaedah yang ditentukan oleh syarak menentukan sama ada sesuatu dakwaan atau tuntutan itu berjaya ataupun gagal. Pihak-pihak yang bertikai tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengemukakan sebarang bentuk keterangan dalam membuktikan dakwaan atau tuntutan atau penafian. Islam telah menggariskan kaedah-kaedah pembuktian yang diterima dan diamalkan seperti bayyinah, syahadah, Iqrar, qarinah, keterangan dokumen, keterangan pakar, qasamah, sumpah dan li’an. Artikel ini akan mengkaji isu-isu yang berlaku yang berkaitan dengan kaedah pembuktian dalam kes hibah di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia. Tumpuan diberikan dalam kes hibah kerana ianya merupakan salah satu kes yang banyak dilaporkan dalam Jurnal Hukum. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan yang memfokuskan kepada kes-kes hibah yang dilaporkan dalam Jurnal Hukum. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pembuktian melaui kesaksian dan qarinah selalu digunakan dalam membuktikan fakta-fakta berkaitan kesahihan hibah yang telah dilakukan bertahun-tahun lamanya dan juga membuktikan wujudnya qabd (penerimaan) hibah tersebut. Selain, keterangan dokumen, ikrar dan sumpah juga digunakan dalam membuktikan fakta-fakta berkaitan dengan kes hibah.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here