
Kajian Integrasi Mengenai Kedudukan Sesawi dan Khasiatnya dalam al-Quran, Hadis, Manuskrip Perubatan Melayu dan Sumber-Sumber Lain
Author(s) -
Abu Fatihah Muhammad Widus,
Malki Ahmad Nasir,
Mualimin Mochammad Sahid
Publication year - 2019
Publication title -
journal of quran sunnah education and special needs
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2590-3799
DOI - 10.33102/jqss.vol3no2.46
Subject(s) - humanities , heaven , traditional medicine , philosophy , medicine , theology
Mustard is a versatile plant that is widely associated with the diet and health of human beings ever since. The mustard seed used as a spice and the edible leave seaten as mustard greens. This study across the Quran, hadiths, Malay medical manuscripts and other sources is intended to look at the mustard’s nature and its efficacy. The qualitative study is done to analyze the texts in all of these references that involve the mustard. Further, the conclusion regarding the nature of the mustard and its potency generated inductively. In short, this study found that the mustard is not all about nutrition and medicine by eating edible leaves and the seed, but other than that, the mustard also related to the matters of the afterlife. For example, the hadith analogy involving mustard represents the knowledge and the justice of the Almighty God. Besides, another analogy in the hadiths that involving mustard represents matters related to faith and heaven.AbstrakSesawi merupakan tumbuhan serba guna yang banyak berkaitan dengan pemakanan dan kesihatan manusia zaman berzaman. Biji sesawi digunakan sebagai rempah dan daunnya pula dimakan sebagai sawi. Oleh itu, kajian yang merentasi pelbagai sumber ini dengan penglibatan Al-Quran, hadis, manuskrip perubatan Melayu dan sumber-sumber lain adalah bertujuan untuk melihat kedudukan sesawi dan khasiatnya. Kajian ini bersifat kualitatif yang akan menganalisis teks-teks dalam kesemua rujukan tersebut yang membabitkan sesawi. Seterusnya, kesimpulan berkaitan kedudukan sesawi dan khasiatnya dirumuskan secara induktif. Ringkasnya, kajian ini mendapati sesawi bukan hanya berkaitan dengan pemakanan dan perubatan melalui daun sawi yang dimakan mahupun biji sawi yang disebatikan dengan herba-herba tempatan untuk mengubati pelbagai penyakit, tetapi sesawi juga berkaitan dengan perkara-perkara akhirat. Sebagai contoh, analogi hadis yang membabitkan sesawi untuk menggambarkan ilmu Allah Yang Maha Luas dan sifat adil Allah yang Maha Mutlak. Selain itu, turut didapati analogi lain dalam hadis yang membabitkan juga sesawi berkaitan iman dan syurga.