
Sorotan Perkembangan Pembangunan Aplikasi Android Juz ‘Amma Versi Bahasa Melayu dari Tahun 2016-2020
Author(s) -
Nuril Ham Al Hafizah Binti Zahari,
Sharifah Norshah Bani Syed Bidin,
Syadiah Nor Wan Syamsuddin
Publication year - 2021
Publication title -
ma'alim al-qur'an wa al-sunnah/ma`alim al-qur`an wa al-sunnah
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2637-0328
pISSN - 1823-4356
DOI - 10.33102/jmqs.v17i1.274
Subject(s) - humanities , theology , art , philosophy
Seiring dengan kemajuan teknologi tanpa batasan pada dunia hari ini, bidang pendidikan juga tidak terkecuali dalam menerima tempias gelombang ledakan teknologi tersebut. Dalam dunia pendidikan hari ini, para guru telah mula menggunakan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian ini dilakukan bagi menyorot pembangunan aplikasi al-Quran Juz ‘Amma yang digunakan secara meluas melalui telefon pintar android dari segi tilawah, tajwid, hafazan, dan tafsir al-Quran dari tahun 2016 hingga 2020 yang menggunakan bahasa Melayu. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif iaitu berkaitan dengan aplikasi yang dapat diakses melalui telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android. Kajian turut difokuskan kepada analisis isi kandungan dan reka bentuk aplikasi Juz ‘Amma terhadap perkembangan, kegunaan dan sambutan terhadap aplikasi tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis aplikasi al-Quran Juz ‘Amma dalam bahasa Melayu yang terdapat di pasaran. Namun, secara keseluruhannya ia tidak memfokuskan kepada komponen yang diperlukan dalam sesuatu aplikasi al-Quran yang lengkap iaitu tilawah, tajwid, hafazan dan tafsir di dalam satu aplikasi. Oleh itu, penyelidik membuat kajian ini bagi membolehkan para guru Pendidikan Islam dan murid mengenal pasti aplikasi al-Quran Juz ‘Amma yang sesuai digunakan sebagai bahan PdP di dalam kelas dan juga akses kendiri.
Along with the limitless advancement of technology in the world today, the field of education is no exception in receiving the effect of the wave of technological explosion. In today’s world of education, teachers have begun to use technology in teaching and learning (PdP) sessions. This study was conducted to highlight the development of the Quran juz’ ‘amma applications in Malay language from 2016 to 2020 that widely used in Android smartphones in terms of their recitation, tajwid, memorisation and interpretation of the Quran. In this regard, this content analysis study also focused on the application design of juz’ ‘amma from the early development up until the use and response towards the application. The study found that there are different types of the Quran juz’ ‘amma applications in the Malay language available on the market. Yet, this study found that they do not focus on the components required in a complete application of the Qur'an, namely recitation, tajwid, memorisation and recitation all-inclusive in one application. Therefore, this study is also to enable the researchers to suggest Islamic Education teachers and students in identifying the appropriate application of the Quran juz’ ‘amma that can be used as PdP materials in the classroom as well as self-access level.