z-logo
open-access-imgOpen Access
Penyelarasan Fatwa Antara Negeri-Negeri: Analisis Amalan dan Kaedah Penyeragamannya di Malaysia
Author(s) -
Muhammad Fathullah Al Haq bin Muhamad Asni,
Jasni Sulong
Publication year - 2018
Publication title -
journal of fatwa management and research
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 0127-8886
pISSN - 2232-1047
DOI - 10.33102/jfatwa.vol9no1.41
Subject(s) - jurisdiction , law , islam , political science , consistency (knowledge bases) , state (computer science) , sharia , government (linguistics) , administration (probate law) , public administration , philosophy , linguistics , geometry , theology , mathematics , algorithm , computer science
Fatwa is usually associated with a formal decision in respect of any Islamic law issued by a committee of religious-based regions or countries that have legal jurisdiction. Therefore, a fatwa gazetted in particular has the power legally enforceable against civilians in the territory. However the difference territory and jurisdiction of religion causing inconsistencies especially pronounced in response to the question of who gets disputes by fuqaha’ (khilafiyyah). This situation is clearly in Malaysia, where there are 14 State Mufti Department varying representing their respective states. Some fatwas issued by these states are found to be unparalleled to each other and this situation poses a conflict, especially in the administration of law. Although each state has a State Administration of Islamic Affairs which is almost uniform, have a provision referring to Islamic law (qawl final) and monitoring by the National Fatwa Committee on an issue of national fatwa, but some of the fatwa still in dispute resolution. The situation is the existence of a situation of unjust laws, there is no consistency in doing ijtihad, which denies the meaning of equality in the decision of Islamic law in the country. Thus, based on this, the study was conducted to identify the cause of the inconsistency of this fatwa, the factors influencing and measures and proposals to overcome. This is a qualitative research methodology in which data were collected through library research and field studies. Field studies conducted interviews with the mufti method, istinbat officials and senior academics. The study found that the Federal Government through  Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) has undertaken several initiatives to overcome this but the attitude of some members of the committee of states fatwa on the matter, which holds tight (rigid) to the Shafi'i and mastering knowledge in accepting differences of opinion (mura'ah al-khilaf ) restrain to reach this goal. This is because the Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) was agreed as the medium of fatwa union between the states in the country and should be given priority at this stage of legal decisions ruling that the state can participate fully. Keywords: Fatwa, the difference (khilaf), Mufti, istinbat methods, Shafi'i madhhab Abstrak Fatwa adalah biasanya dikaitkan dengan keputusan rasmi berkenaan sesuatu hukum syarak yang dikeluarkan oleh sesuatu jawatankuasa agama yang berasaskan wilayah atau negara yang mempunyai bidangkuasa undang-undang. Oleh kerana itu, sesuatu fatwa khususnya yang diwartakan mempunyai kuasa perundangan yang boleh dikuatkuasakan ke atas orang awam di wilayah terbabit. Bagaimanapun perbezaan wilayah dan bidangkuasa agama menyebabkan berlakunya ketidakseragaman fatwa khususnya dalam menanggapi persoalan yang mendapat perselisihan fuqaha’ (khilafiyyah). Keadaan ini amat terserlah di Malaysia di mana terdapat 14 Jabatan Mufti Negeri yang berbeza-beza yang mewakili negeri masing-masing. Sebahagian fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri ini didapati tidak selari antara satu sama lain dan keadaan ini menimbulkan konflik terutamanya dalam pentadbiran undang-undang. Walaupun setiap negeri mempunyai Enakmen Hal Ehwal Pentadbiran Agama Islam yang hampir seragam, mempunyai peruntukan rujukan hukum syarak (qawl muktamad) yang sama dan pemantauan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sesuatu isu fatwa nasional, namun sebahagian fatwa tersebut masih lagi mendapat perselisihan keputusan. Keadaan ini mewujudan situasi hukum yang tidak adil, tiada keselarasan dalam melakukan ijtihad, yang menafikan maksud kesaksamaan dalam keputusan hukum syarak dalam negara ini. Justeru berdasarkan hal ini, kajian dijalankan untuk mengenal pasti punca ketidakselarasan fatwa ini, faktor-faktor yang mempengaruhi dan langkah serta cadangan untuk mengatasinya. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif di mana data-data dikumpulkan melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan secara metod temubual dengan para mufti, pegawai istinbat dan ahli akademik. Hasil kajian mendapati bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah melakukan beberapa inisiatif untuk mengatasi hal ini namun sikap sesetengah ahli jawatankuasa fatwa negeri yang ketat (rigid) kepada Mazhab Syafi'i dan penguasaan ilmu dalam menerima perbezaan pandangan (mura'ah al-khilaf) mengekang kepada capaian matlamat ini. Ini kerana Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) telah dipersetujui sebagai medium penyatuan fatwa antara negeri-negeri di negara ini dan sepatutnya diutamakan keputusan hukum di peringkat ini supaya fatwa negeri dapat mengikuti dengan sepenuhnya. Kata kunci: Fatwa, perbezaan (khilaf), Mufti, kaedah istinbat, Mazhab Syafi'i.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here