z-logo
open-access-imgOpen Access
Amalan Pengambilan Ibu Susuan: Satu Kajian Sorotan terhadap Dokumentasi Bukti Penyusuan
Author(s) -
Siti Fatimah Salleh,
Normadiah Daud,
Saadan Man
Publication year - 2018
Publication title -
journal of fatwa management and research
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 0127-8886
pISSN - 2232-1047
DOI - 10.33102/jfatwa.vol4no1.97
Subject(s) - conviction , humanities , breastfeeding , sociology , political science , philosophy , law , medicine , pediatrics
Patterns of community life are constantly changing over time and wave technology. It demands people restrict their lives through fiqhiyyah (Saddu al-Zara’i‘). The same thing also happened in breast milk implementation in society. In line with the application of the method, an effective mechanism has to be adopted as proof of mother milk intake according to Islamic requirements. This is because Islamic law sets rules mechanism of milk suckling mahrams that is through testimony and confession. The objective of writing this article is to discuss issues related to milk suckling mahrams such the breast milk, baby age, the milk, the effect of breastfeeding, breastfeeding forms and mechanisms convict ban incest conviction milk. In order to achieve this objective, we used method, namely library research. The finding of the study shows that breastfeeding by documenting evidence from certain parties such as the National Registration Department is a very important step in harmonizing the system of the Muslim family. Mechanisms of conviction are also in line with the Maqasid al - Shariah as “Hifzu al- Nasl” (keeping descent) to prevent from happening marriage between same incest. Keywords: conviction, milk suckling mahrams, breastfeeding, mother milk Abstrak Pola kehidupan masyarakat sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan gelombang teknologi. Ia menuntut masyarakat membatasi kehidupan mereka melalui kaedah fiqhiyyah (Saddu al-Zara’i‘). Perkara yang sama juga terjadi kepada pelaksanaan konsep ibu susuan dalam masyarakat. Sejajar dengan pengaplikasian kaedah tersebut, perlu diadaptasikan satu mekanisma yang efektif sebagai bukti pengambilan ibu susuan sesuai dengan kehendak syarak. Syarak telah menetapkan kaedah pensabitan mahram susuannya yang tersendiri iaitu melalui penyaksian dan pengakuan. Objektif penulisan artikel ini ialah membincangkan isu yang berkait dengan mahram susuan seperti orang yang menyusukan, usia bayi yang disusukan, kadar susuan, kesan penyusuan, bentuk-bentuk penyusuan yang mensabitkan pengharaman dan mekanisma pensabitan mahram susuan. Bagi memenuhi objektif ini, metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa mendokumentasikan bukti penyusuan oleh badan-badan tertentu seperti Jabatan Pendaftaran Negara adalah satu langkah yang sangat penting dalam mengharmonikan lagi sistem keluarga Islam. Mekanisma pensabitan ini juga sejajar dengan tuntutan Maqasid al- Syariah iaitu “Hifzu al-Nasl” (pemeliharaan keturunan) antaranya untuk mengelakkan daripada berlaku perkahwinan antara mahram susuan. Kata kunci: Pensabitan, mahram, penyusuan, ibu susuan.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here