
Status Mata Ganjaran Dalam Transaksi Elektronik Dan Hukumnya: Analisis Berdasarkan Takyif Fiqhi
Author(s) -
Mustafa bin Mat Jubri @ Shamsuddini
Publication year - 2021
Publication title -
journal of fatwa management and research
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 0127-8886
pISSN - 2232-1047
DOI - 10.33102/jfatwa.vol26no2.423
Subject(s) - humanities , physics , political science , philosophy
Menjanjikan mata ganjaran dan memberikannya kepada pengguna dalam transaksi elektronik menjadi daya penarik kepada penyertaan dan pelangganan produk dan perkhidmatan tertentu pada masa kini. Mata ganjaran ini menjadi imbuhan kepada pengguna di atas perlakuan tertentu dan boleh ditukarkan kepada anugerah dan hadiah tertentu jika mencukupi jumlah tertentu. Kajian ini menyingkap permasalahan ini untuk dilihat dengan penilaian fiqh dari sudut status mata ganjaran melalui takyīf fiqhī dan hukum-hukum yang terkait dengannya. Walaupun asal hukum bagi permasalahan yang melibatkan muamalat ini adalah harus, namun harus diteliti aspek-aspek niat (qaṣd), cara (adāʾ) dan kesan (maʾāl) yang memungkinkan berlakunya sebab-sebab pengharaman seperti ribā, maysīr, gharar dan jahālah. Kajian ini bersandar kepada metod kualitatif melalui pengumpulan data dari sumber bertulis primer dan sekunder, dan dengan menjadikan kaedah-kaedah ijtihad dan pendapat-pendapat ulamak dalam menilai status mata ganjaran ini dan hukum-hukum yang sesuai dengannya. Antara dapatan kajian ini ialah, mata ganjaran yang diberikan oleh pemilik produk dan perkhidmatan boleh dikira sebagai hadiah kepada pelanggan dan penggunanya, dan ia dihukumkan harus, dengan ia tertakluk kepada syarat-syarat akad al-hibah. Takyīf fiqhī yang lebih tepat dan selamat menurut kajian ini ialah mata ganjaran itu dianggap sebagai syarat kepada hadiah.