z-logo
open-access-imgOpen Access
Punca Penceraian Pasangan Dewasa Islam: Perspektif Badan Pelaksana
Author(s) -
Rogayah Estar Mohamad
Publication year - 2021
Publication title -
journal of fatwa management and research
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
eISSN - 0127-8886
pISSN - 2232-1047
DOI - 10.33102/jfatwa.vol26no2.422
Subject(s) - humanities , kuala lumpur , islamic education , islam , physics , political science , geography , philosophy , business , archaeology , marketing
Kes penceraian dewasa Islam di Malaysia didapati telah meningkat setiap tahun. Penceraian dewasa ini melibatkan pasangan yang berumur 40 tahun ke atas yang majoritinya telah mendirikan rumah tangga 10 tahun dan ke atas. Terdapat banyak kajian lepas mengenai perceraian pasangan muda atau tempoh perkahwinan 5 tahun telah dijalankan.  Selain itu, belum ada kajian mengenai perceraian dewasa Islam di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang terdedah kepada urbanisasi dan mempunyai penduduk padat. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan punca-punca utama perceraian kalangan masyarakat Melayu daripada perspektif badan pelaksana di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang dianalisis secara deskriptif. Sebanyak dua orang pakar dari badan pelaksana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Hakim Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang telah ditemubual secara semi berstrukur. Pandangan daripada badan pelaksana ini adalah penting kerana pendedahan skop kerja yang tertumpu dalam menguruskan pasangan-pasangan yang ingin bercerai. Hasil kajian menunjukkan punca penceraian dalam kalangan dewasa Islam adalah melibatkan faktor pengabaian nafkah dan tanggungjawab, penglibatan orang ketiga dan poligami, penglibatan dengan penagihan dadah dan kes-kes keganasan rumah tangga. Secara keseluruhannya faktor utama adalah melibatkan faktor intrinsik iaitu tiada pegangan agama yang kukuh. Kajian ini diharap dapat menjadi rujukan pihak berkepentingan dan masyarakat dalam mengambil langkah mengatasi peningkatan penceraian di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here