
Pembinaan Rangka Kerja Keluarga Sakinah Berbantukan Teknologi Ict: Kajian Tinjauan Masyarakat Di Selangor
Author(s) -
Hasri Harun,
Ahmad Tarmizi Zakaria,
Mohd Wazir Muslat,
Irny Suzila Ishak,
Saliyah Kahar
Publication year - 2021
Publication title -
journal of fatwa management and research
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 0127-8886
pISSN - 2232-1047
DOI - 10.33102/jfatwa.vol26no2.420
Subject(s) - humanities , islamic education , sociology , mathematics , art , islam , theology , philosophy
Pembinaan keluarga bahagia menurut Islam dicirikan sebagai al-Sakinah yang berteraskan prinsip mawaddah wa rahmah (cinta dan kasih sayang). Namun begitu, keruntuhan institusi keluarga banyak berleluasa berlaku pada masa kini akibat daripada kelemahan ilmu pasangan dan persiapan pasangan dalam menempuh alam perkahwinan. Sesuatu pasangan yang berkeluarga memerlukan pelbagai ilmu serta sistem sokongan yang mencukupi untuk mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian keluarga. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman pasangan Muslim berkenaan persediaan dan tanggungjawab sebelum, semasa dan selepas perkahwinan serta mengenalpasti keperluan teknologi ICT bagi membantu penerapan ilmu pasangan muslim membentuk keluarga sakinah. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan melibatkan 404 responden muslim dari Selangor. Data yang telah didapati dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package of Social Science). Hasil kajian ini mendapati tahap kefahaman persiapan pasangan muslim di Selangor agak baik dan penerapan ilmu berkaitan perkahwinan melalui teknologi ICT amat mendapat sokongan pasangan Muslim Selangor bagi membantu pasangan muslim memahami ilmu bagi melahirkan keluarga sakinah dan menjadikan mereka masyarakat Selangor yang celik syariah. Hasil analisis daripada kajian ini digunakan untuk membangunkan rangka kerja pembentukan keluarga sakinah berbantukan ICT sebagai garis panduan bagi pembangunan aplikasi mudah alih ICT Keluarga Sakinah.