
Tilawah Surah Al-Fatihah: Antara Isu Kesalahan Bacaan Dalam Ilmu Tajwid Dan Kesahan Solat Menurut Ilmu Fekah
Author(s) -
Norazman Alias,
Zainora Daud,
Anuar Hasin
Publication year - 2021
Publication title -
journal of fatwa management and research
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
eISSN - 0127-8886
pISSN - 2232-1047
DOI - 10.33102/jfatwa.vol26no2.412
Subject(s) - physics , humanities , philosophy
Sebagaimana yang diketahui, bacaan surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat yang wajib ditunaikan. Sekiranya ia tidak dibaca, dari sudut pandang ilmu fekah, maka solat seseorang itu tidak sah dan tidak diterima di sisi syarak. Namun begitu, terdapat pelbagai prasangka yang wujud pula tentang kesahan sesuatu solat apabila kualiti bacaan surah al-Fatihah itu tidak menepati hukum tajwid seperti sebutan huruf dari sudut makhraj dan sifatnya, kadar harakat mad, waqaf bacaan pada tempat yang tidak sesuai dan sebagainya. Isu ini semakin menarik perhatian masyarakat apabila ramai yang sudah mula ada kesedaran untuk menilai kualiti bacaan imam solat berjemaah di masjid dan surau. Malahan, terdapat pelbagai institusi mahupun individu tertentu yang mula mengambil inisiatif dalam isu ini dengan menganjurkan kursus bacaan surah al-Fatihah dan sebagainya dengan menggunapakai objektif dan trademark: “Tak sah bacaan surah al-Fatihah, maka tak sah solat”. Menyedari hal ini, kertas kerja ini akan mengupas isu tersebut dari dua perspektif ilmu agama iaitu ilmu tajwid yang berkaitan dengan hukum bacaan serta ilmu fekah yang berkaitan dengan hukum kesahan solat. Kertas kerja ini yang bersifat kualitatif dengan menggunapakai metode perpustakaan akan menyentuh isu yang sering timbul di kalangan masyarakat mutakhir ini berkaitan tentang kesalahan bacaan surah al-Fatihah dan perkaitannya dengan penerimaan sah solat. Dapatan awal kajian ialah terdapat beberapa bentuk kesalahan bacaan dari sudut ilmu tajwid yang boleh membawa kepada ketidaksahan solat dari sudut ilmu fekah. Diharap agar dengan pendedahan kajian ilmiah ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas perkaitan antara kualiti bacaan surah al-Fatihah dengan syarat penerimaan solat.