
Mitigasi Di Mahkamah Syariah: Penghakiman Berasaskan Keadilan Restoratif Dan Rehabilitasi
Author(s) -
Nur Salam
Publication year - 2021
Publication title -
journal of fatwa management and research
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 0127-8886
pISSN - 2232-1047
DOI - 10.33102/jfatwa.vol26no2.407
Subject(s) - humanities , political science , philosophy
Sistem keadilan jenayah Islam menggariskan dua bentuk hukuman iaitu hukuman retributif dan keadilan restoratif. Namun, keadilan restoratif tidak dilaksanakan di Malaysia. Mahkamah Syariah negeri dalam mengadili kes-kes jenayah syariah di Malaysia akan mengenakan hukuman retributif kepada pesalah berpandukan kadar dan bentuk hukuman yang telah dinyatakan dalam Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (Pindaan 1965) atau Akta 355. Hukuman retributif yang dikenakan adalah hukuman denda, sebatan dan pemenjaraan. Kajian ini memfokuskan satu saranan terhadap perlaksanaan keadilan restoratif dan hukuman rehabilitasi dalam sistem penghakiman bagi kes jenayah syariah di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang menggunakan kaedah temubual,teks penghakiman serta merujuk penulisan-penulisan ilmiah, jurnal dan buku yang berkaitan perbincangan. Hasil dapatan mendapati, tatacara jenayah syariah memperuntukan prosiding mitigasi memberikan peluang kepada pesalah untuk memohon peringanan hukuman sebaik disabitkan dengan kesalahan. Justeru, semasa pesalah membuat mitigasi, mahkamah boleh melihat kepada penyesalan dan rasa keinsafan yang diluahkan oleh pesalah. Penerimaan mitigasi juga berdasarkan kepada pengakuan salah, keinsafan dan kesedaran pesalah mengakui kesilapannya serta memahami akan kesan perbuatannya itu disisi hukum dan undang-undang. Maka, kajian berpendapat sekiranya pesalah ini telah mengakui kesilapannya dan dengan rela hati bertaubat dan memahami tuntutan agama, maka keadilan restoratif dan hukuman rehabilitasi (pemulihan) adalah lebih sesuai untuk dilaksanakan. Hukuman rehabilitasi membolehkan pesalah mengislahkan diri dan membentuk jiwa menjadi Muslim yang dituntut melalui rawatan pemulihan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa. Daripada teks penghakiman, penyesalan dan pengakuan salah merupakan elemen utama yang dituntut dalam mitigasi sebelum penghakiman dibacakan. Namun, setelah mahkamah mengetahui pesalah mengakui kesilapannya adalah tidak lagi wajar untuk mahkamah melihat kepada hukuman retributif iaitu denda, pemenjaraan dan sebatan sebaliknya mahkamah seharusnya memberi ruang kepada pesalah ini untuk dipulihkan melalui hukuman rehabilitasi. Mahkamah Syariah juga didapati masih mempunyai ruang dan cara tertentu untuk beranjak dari bentuk hukuman retributif kepada keadilan restoratif dan hukuman rehabilitasi namun ianya perlu kepada prosedur dan justifikasi yang jelas.