z-logo
open-access-imgOpen Access
Bayaran Tambahan Dalam Kontrak Francais Dobi Layan Diri Dari Perspektif Hukum Syarak
Author(s) -
Mohd Huefiros Efizi Husain,
Noor Naemah Binti Abdul Rahman,
Nor Fahimah binti Mohd Razif
Publication year - 2021
Publication title -
journal of fatwa management and research
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 0127-8886
pISSN - 2232-1047
DOI - 10.33102/jfatwa.vol26no2.404
Subject(s) - humanities , philosophy
Setiap masyarakat punyai adat dan tradisi. Adat dan tradisi dibentuk oleh golongan cerdik pandai dalam masyarakat. Adat dan tradisi pada dasarnya ialah sesuatu kebiasaan yang dipraktikkan secara meluas dalam masyarakat. Ia menjadi pedoman dan rujukan dalam kehidupan seharian masyarakat lingkungan. Dalam amalan adat dan tradisi, terkandung unsur kearifan tempatan hasil corak pemikiran yang dicerakinkan daripada gabungan pengetahuan dan pengamalan generasi terdahulu. Kearifan tempatan adalah serangkaian maklumat, petunjuk, dan kebijaksanaan yang diwariskan daripada generasi ke generasi sebagai satu strategi kehidupan yang melambangkan kemajuan pemikiran dan pengetahuan dalam masyarakat. Dalam disiplin Usul fiqh, perbincangan berkaitan adat dan tradisi adalah termasuk dalam perbincangan uruf. Uruf adalah sekumpulan adat dan tradisi yang dipraktikkan, diketahui dan diiktiraf oleh syara’. Kearifan tempatan adalah produk keintelektualan hasil daripada gabungan amalan adat, tradisi dan panduan daripada wahyu. Gabungan ini menghasilkan kearifan tempatan yang mencorakkan uruf sahih dan uruf fasid. Uruf sahih adalah uruf yang diterima, manakala uruf fasid adalah uruf yang ditolak daripada Islam. Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan kedudukan kearifan tempatan daripada perspektif uruf dan syarat-syarat pengambilkiraan kearifan tempatan dalam uruf yang diterima oleh syara’. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini mengaplikasi kajian kepustakaan sepenuhnya dengan merujuk kepada literatur berkaitan kearifan tempatan dan uruf. Data kualitatif yang dikumpulkan telah dianalisis kandungannya secara deduktif bagi merumuskan kedudukan kearifan tempatan daripada perspektif uruf. Hasil dapatan kajian ialah menunjukkan kearifan tempatan yang berasaskan uruf sahih diterima dan sebaliknya, kearifan tempatan yang berasaskan uruf fasid adalah tidak diterima dalam penetapan hukum Islam.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here