Open Access
Pendekatan Malaysia Terhadap Aplikasi Wa'd Dalam Produk Kewangan Islam
Author(s) -
L. Zakaria,
Nor Fahimah Mohd Razif,
NoorNaemah Abdul Rahman
Publication year - 2021
Publication title -
journal of fatwa management and research
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
eISSN - 0127-8886
pISSN - 2232-1047
DOI - 10.33102/jfatwa.vol26no1.381
Subject(s) - political science , business , business administration
Produk berasaskan wa’d semakin berkembang selari dengan kemajuan sistem kewangan Islam di mana prinsip wa’d satu hala yang asas digubah bagi disesuaikan dengan keperluan kewangan yang semakin kompleks. Aplikasi wa’d yang semakin meluas dalam pelbagai produk kewangan Islam telah menimbulkan perbincangan dalam kalangan sarjana berhubung keabsahannya. Dalam konteks Malaysia, operasi bagi sistem kewangan Islam dikawal selia oleh Badan Penasihat Syariah BNM dan SC. Justeru, kertas ini ditulis bertujuan untuk menilai pendekatan Malaysia terhadap aplikasi wa’d dengan menganalisis dokumen polisi serta resolusi Syariah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Data dikutip melalui kajian kepustakaan dan kemudian di analisis dengan kaedah analisis kandungan dan kaedah komparatif bagi membentuk kertas kerja konsep. Pendekatan yang dikenalpasti diringkaskan kepada beberapa tema utama. Hasil kajian ini adalah penting bagi menyediakan gambaran tentang pendekatan Malaysia terhadap aplikasi wa’d.