
Perspektif Awal Pelajar Terhadap Keperluan Pembelajaran Kolokasi Bahasa Arab di Peringkat Pra-Universiti
Author(s) -
Amani Nawi,
Nurkhamimi Zainuddin
Publication year - 2019
Publication title -
journal of fatwa management and research
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 0127-8886
pISSN - 2232-1047
DOI - 10.33102/jfatwa.vol13no1.168
Subject(s) - arabic , humanities , mathematics education , collocation (remote sensing) , statistic , psychology , pedagogy , mathematics , computer science , art , philosophy , linguistics , statistics , machine learning
Need analysis is the one of necessary proses of identifying the needs in developing educational program or teaching module. The literature studies have indicate that collocation has been one the constraints which prevent learners from mastering the Arabic skills especially in productive skill for example writing and speaking. The main objective of this study is to identify student’s level of collocation knowledge and explain the needs of learning collocation at pre-university level from their perspectives and point of view. Quantitative design using a questionnaire was selected by the researchers to gather the data and then was analyzed using descriptive statistic to find frequency and percentage. A total of 150 students majoring in Syariah and Laws at Tamhidi Center, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) have participated in this study. The findings show that the majority of students learning Arabic as a second language at pre-university level have less knowledge and awareness about collocation. In fact, the findings also indicated that almost all students having a difficulties concerning words combination in constructing the arabic sentences.
ABSTRAK
Analisis keperluan merupakan salah satu proses awal untuk mengenal pasti keperluan sesuatu program pembelajaran atau modul sebelum ia dibangunkan. Kajian literatur telah menunjukkan bahawa kolokasi merupakan salah satu punca yang menyebabkan para pelajar tidak dapat menguasai kemahiran asas Bahasa Arab dengan baik terutamanya di dalam kemahiran produktif iaitu menulis dan bertutur. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan kolokasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar seterusnya mengenal pasti keperluan pembelajaran kolokasi di peringkat pra-universiti daripada pandangan dan persepsi para pelajar. Reka bentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah soal selidik telah dipilih bagi mendapatkan data dan kemudiannya dianalisis secara deskriptif bagi mencari taburan kekerapan dan peratusan. Seramai 150 orang pelajar jurusan Syariah dan Undang-undang Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua di peringkat pra universiti mempunyai kurang pengetahuan dan kesedaran tentang aspek kolokasi. Malah, dapatan kajian turut mendapati bahawa hampir keseluruhan pelajar menghadapi masalah ketika menggunakan kata yang berkolokasi dengan kata yang lain ketika membina ayat Bahasa Arab.