z-logo
open-access-imgOpen Access
PENDAPATAN BUKAN PADI BANTU PESAWAH KELUAR DARIPADA KEMISKINAN LEBIH CEPAT
Author(s) -
Siti Hadijah Che Mat,
Salmah Sathiman,
Fatimah Hamid
Publication year - 2020
Publication title -
journal of economics and sustainability
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2637-1294
DOI - 10.32890/jes2020.2.2.2
Subject(s) - humanities , physics , art
Petani dan pertanian sering dikaitkan dengan kemiskinan. Petani padi antara mereka yangmempunyai pendapatan yang rendah. Justeru, kerajaan mencadangkan agar mereka terlibatdalam aktiviti ekonomi tambahan yang dapat memberikan pulangan yang tinggi. Sehubunganitu, objektif artikel ini adalah untuk mengetahui struktur pendapatan pesawah dan aktivitiekonomi yang berjaya meningkatkan pendapatan pesawah serta tempoh masa yang dapatdisingkatkan sekiranya pesawah mempunyai pendapatan lain selain daripada pendapatanpadi. Sampel kajian ialah pesawah di IADA KETARA. Soal selidik telah diedarkan kepada 353orang pesawah. Kajian mendapati majoriti pesawah (83.3%) berada dalam kategori B40.Hanya 16.4% dalam kategori M40 serta hanya seorang dalam kategori T20. Seramai 64.6%pesawah terlibat dalam aktiviti ekonomi lain selain padi bagi meningkatkan pendapatan.Keputusan kajian juga mendapati pesawah yang terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomitambahan yang lain lebih cepat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan berbandingdengan mereka yang tidak mempunyai pendapatan daripada sumber aktiviti tambahan yanglain. Sebagai contoh, jika pertumbuhan pendapatan pesawah adalah sebanyak 5%, puratamasa yang diambil untuk keluar daripada kepompong kemiskinan bagi mereka yang miskinadalah selama 14.10 tahun sekiranya mereka memiliki pendapatan daripada sumber padisahaja manakala masa yang diperlukan adalah lebih pendek iaitu 7.82 tahun bagi mereka yangmempunyai sumber pendapatan padi dan bukan padi. Bagi pesawah yang mempunyaipendapatan padi dan pendapatan bukan padi, mereka dijangka dapat menjimatkan masa untukbebas daripada kemiskinan selama 6.28 tahun (14.10 tahun tolak 7.82 tahun) berbandingdengan mereka yang tidak mempunyai pendapatan daripada sumber bukan padi. Peningkatanproduktiviti melalui pengembelingan tenaga muda dan penggunaan teknologi sertapenglibatan aktif pihak kerajaan dan swasta adalah perlu bagi meningkatkan pendapatan dankesejahteraan petani padi.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here