
TERAPI JIWA MENURUT AL GHAZALI: TUMPUAN KEPADA AMALAN DAN KEPENTINGAN TAFAKUR
Author(s) -
Engku Ibrahim bin Engku Wok Zin,
Syed Hadzrullatfi bin Syed Omar,
Mohd Safri Ali,
Shaiful Bahari bin Abdullah
Publication year - 2020
Publication title -
tamaddun
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
eISSN - 2722-2632
pISSN - 1693-394X
DOI - 10.30587/tamaddun.v21i2.2115
Subject(s) - humanities , physics , art
Abstrak: Tafakur adalah satu amalan yang amat penting dalam menyediakan jiwa yang sejahtera dan boleh disifatkan sebagai kunci kepada segala amal salih sama ada amal zahir atau amal batin. Ini adalah kerana sesuatu amalan tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna melainkan kebaikannya dapat dilihat terlebih dahulu dengan jelas di dalam hati. Kejelasan kebaikan sesuatu amalan akan terserlah menerusi amalan tafakur yang akan menjadikan hati terang diselubungi nur makrifat. Dari sudut yang lain tafakur memperlihatkan kepentingan ilmu kasbi yang kebiasaannya diperolehi menerusi cara belajar dan membaca. Amalan tafakur tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa kewujudan premis ilmu yang menjadi asas untuk membuahkan ilmu yang baru. Bertitik tolak dari ilmu ini akan mencetuskan perubahan ahwal hati yang akan membawa kepada peningkatan kuantiti dan kualiti amalan sama ada zahir atau batin yang melayakkan seseorang disifatkan sebagai hamba Allah SWT yang sebenar.Kata Kunci: terapi jiwa, al-ghazali, tafakur