
Persepsi dan Sikap Pelajar Terhadap Reka Bentuk dan Susunatur Kedai di Koperasi Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
Author(s) -
Nor Syuhani Shaari
Publication year - 2020
Publication title -
international journal of business and management
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2590-3721
DOI - 10.26666/rmp.ijbm.2020.4.2
Subject(s) - physics , humanities , general education , philosophy , psychology , mathematics education
Persekitaran fizikal dan susun atur barang niaga boleh mempengaruhi kecenderungan pembelian pengguna dan membantu meningkatkan jualan peruncit. Justeru, penyelidik ingin meninjau sikap dan persepsi pelajar terhadap rekabentuk fizikal dan susunatur barangniaga di koperasi Polimas. Reka bentuk fizikal dan susun atur yang digunakan berperanan penting dalam menarik minat pelajar membuat pembelian dan boleh meningkatkan kunjungan pelajar ke koperasi. Kajian ini bertujuan meninjau persepsi dan sikap pengguna terhadap rekabentuk dan susunatur barangniaga, mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar semasa membeli di koperasi Polimas dan mengenalpasti aspekaspek rekabentuk dan susunatur barangniaga koperasi yang perlu dilakukan penambahbaikan pada masa hadapan. Pengkaji memilih kaedah diskriptif dalam menjalankan penyelidikan dan mengedarkan borang soal-selidik kepada 150 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester 4 Jabatan Perdagangan menggunakan persampelan mudah. Hasil analisis menunjukkan kebanyakan pelajar kurang menyukai susunatur dalaman kedai kerana bagi mereka ianya kurang menarik perhatian, kurang kreatif dan cantik. Rata-rata pelajar bersetuju bahawa penambahbaikan dari segi rekabentuk dan susunatur amat perlu dilakukan oleh pihak pengurusan koperasi. Kajian ini hanya memfokus kepada persepsi dan sikap pelajar terhadap rekabentuk dan susunatur kedai. Dicadangkan penyelidik pada masa hadapan melakukan kajian ke atas impak rekabentuk dan susunatur kedai ke atas kepuasan pelanggan ataupun jualan.