z-logo
open-access-imgOpen Access
Awal Peradaban Masyarakat Iban Di Tembawai Tampun Juah: Satu Penelitian Awal
Author(s) -
Gregory Kiyai @ Keai
Publication year - 2021
Publication title -
jurnal peradaban/jurnal peradaban
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
eISSN - 1985-6296
pISSN - 2636-9257
DOI - 10.22452/peradaban.vol14no1.3
Subject(s) - humanities , art
Tiada sumber yang jelas darimana asal usul masyarakat Iban, akan tetapi melalui tradisi lisan yang diwariskan serta diturunkan selama beberapa generasi mempercayai bahawa kewujudan dan asal usul masyarakat Iban adalah bermula di sebuah tempat yang disebut sebagai Tembawai Tampun Juah iaitu peradaban Dayak yang gah terletak di daerah Sanggau, Kalimantan Barat. Mereka meyakini bahawa nenek moyang mereka dahulu pernah hidup aman dan damai bersama dengan Urang Panggau (orang kayangan) dan Petara (tuhan) sebelum berlakunya konflik yang akhirnya menyebabkan manusia berpisah dengan tuhan. Perpisahan tersebut telah menyaksikan migrasi awal masyarakat Iban ke seluruh pelusuk negeri Sarawak lalu membentuk kebudayaan dan identiti tersendiri. Oleh itu, artikel ini merupakan satu penelitian awal mengenai kewujudan penempatan sebuah ketamadunan masyarakat Iban di Tembawai Tampun Juah berdasarkan kepada perspektif sumber lisan (Collective Memory), beberapa bahan rujukan skunder yang relevan dan pemerhatian awal arkeologi. Berdasarkan kepada data mendapati bahawa kawasan Tembawai Tampun Juah menjadi legenda yang kekal signifikan dalam budaya masyarakat Iban. Walaupun, tidak meninggalkan artifak atau tapak secara zahirnya, namun saban tahun menjelang perayaan Gawai Dayak, Tembawai Tampun Juah yang terletak di hulu Kampung Segumon Kecamatan, Sekayam, Kalimantan menerima kunjungan masyarakat Dayak Iban yang pelbagai dari seluruh penjuru Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia untuk meraikan dan menghayati sejarah dan cerita di Tembawai Tampun Juah.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here