z-logo
open-access-imgOpen Access
Pengurusan Konflik Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah
Author(s) -
Mazlina Che Mustafa,
Mohammad Nasir Bistamam,
Samsiah Mohd Jais,
Mohammad Aslina Ahmad,
Noor Hayati Zakaria
Publication year - 2019
Publication title -
proceedings of the icecrs
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2548-6160
DOI - 10.21070/icecrs.v3i0.145
Subject(s) - humanities , instructional technology , emotive , psychology , physics , philosophy , pedagogy , educational technology , epistemology
Kajian ini bertujuan untuk membina, menguji kesahan dan kebolehpercayaan  Modul Pendekatan Rational Emotive Behavior Therapy dalam pengurusan konflik Guru Bimbingan Dan Kaunseling sekolah menengah. Konflik yang terhasil menyebabkan Guru Bimbingan dan Kaunseling mengalami stres. Oleh itu modul ini dibina sebagai satu strategi untuk membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling menangani stres. Modul ini dibina berdasarkan kajian kepustakaan Teori Rational Emotive Behavior Therapy oleh Albert Ellis (1995). Hasil kajian perpustakaan telah berjaya membina Modul Pengurusan Konfik yang diaplikasikan menerusi lapan  sesi utama yang merangkumi 20 aktiviti kendiri. Sesi 1: Ice Breaking, Sesi 2: Pengenalan Modul Pengurusan Konflik, Sesi 3: A – Peristiwa / C – Emosi Terhasil, Sesi 4: B – Sistem Kepercayaan, Sesi 5: A – Peristiwa / B - Sistem Kepercayaan / C – Emosi Yang Terhasil Sesi 6: Pengajaran Tentang Dispute, Sesi 7: D – Hujah / E – Emosi Baru dan Sesi 8:  Rumusan / Penamatan. Dapatan kajian menunjukkan nilai kesahan kandungan modul ialah 88.44%. Nilai kebolehpercayaan modul ialah .915. Modul pengurusan konflik dapat membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling menangani konflik di sekolah. Modul ini memberi kemahiran cognitive coping sebagai satu strategi dalam mengurangkan stres Guru Bimbingan dan Kaunseling.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here