z-logo
open-access-imgOpen Access
Pemegunan Bahan Radioaktif dalam Enap Cemar Minyak menggunakan Kaca sebagai Kaedah Alternatif
Author(s) -
Nur Syuhada Izzati Ruzali,
Nurshahirah Alwi,
Mohd Idzat Idris,
Syazwani Mohd Fadzil,
Rohyiza Ba’an
Publication year - 2021
Publication title -
sains malaysiana
Language(s) - English
Resource type - Journals
SCImago Journal Rank - 0.251
H-Index - 29
ISSN - 0126-6039
DOI - 10.17576/jsm-2021-5008-23
Subject(s) - physics
Enap cemar minyak dikategorikan sebagai bahan radioaktif peringkat rendah dan pelupusan sisa ini menjadi isu penting dalam pengurusan sisa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menguruskan bahan radioaktif tabii (NORM) yang terkandung dalam sisa enap cemar minyak melalui kaedah pengacaan dan mengkaji kadar larut lesap bahan dipegun sebelum dilupuskan. Kajian mendapati bahawa sisa muatan yang optimum bagi bentuk sisa kaca adalah pada julat 20-25% bt. sisa enap cemar dan 75-80% bt. sisa kaca CRT yang dibakar pada suhu 1200°C. Ujian XRD menunjukkan kesemua bentuk sisa kaca adalah kebanyakannya amorfus dan unsur-unsur bertabur dengan sekata melalui analisis FESEM-EDX. Tambahan pula, pembebasan ternormal adalah rendah dan tidak melebihi nilai penunjuk yang dijadikan rujukan. Bentuk sisa kaca yang terhasil dalam kajian ini menunjukkan kaedah pengacaan boleh menjadi alternatif bagi pelupusan sisa enap cemar minyak yang mengandungi bahan radioaktif.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here