z-logo
open-access-imgOpen Access
Profil Psikologi Atlet Berpasukan Kriket Wanita Malaysia
Author(s) -
Santhira Mathy Subramaniam
Publication year - 2016
Publication title -
movement, health and exercise/movement, health and exercise
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2289-9510
pISSN - 2231-9409
DOI - 10.15282/mohe.v5i2.120
Subject(s) - general education , humanities , physics , mathematics , art , mathematics education
Kajian ini bertujuan mengenalpasti profil psikologi atlet kriket wanita Malaysia. Jumlah sampel kajian ini adalah terdiri daripada 21 atlet kriket wanita Malaysia yang menyertai Sukan Asia Incheon, Korea Selatan 2014. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Sport Mental Toughness Questionnaire (SMTQ) untuk menguji ketahanan mental atlet; soal selidik Sport Competition Anxiety Test (SCAT) untuk menilai kebimbangan atlet; soal selidik Leadership Scale for Sports (LSS) untuk menguji gaya kepimpinan jurulatih. Dapatan kajian telah dianalisis dengan kaedah deskriptif min dan sisihan piawai. Hanya seorang sahaja yang mendapat skor antara 26-30 dan selebihnya mendapat skor antara 22 dan kebawah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa atlet kriket wanita Malaysia mempunyai tahap kekuatan mental yang rendah. Faktor paling mempengaruhi kekuatan mental adalah faktor motivasi. Seterusnya, kajian mendapati tahap kebimbangan atlet berada di tahap yang sederhana. Manakala, dapatan bagi kepimpinan mengikut versi atlet mendapati bahawa antara 5 dimensi yang sering digunakan adalah dimensi latihan dan arahan. Manakala dimensi yang paling kurang digunakan adalah dimensi autokratik. Bagi dimensi kepimpinan mengikut versi kegemaran atlet pula, kajian mendapati bahawa dimensi kepimpinan maklum autokratik adalah yang paling kurang digemari. Hasil kajian untuk dimensi kepimpinan mengikut versi jurulatih mendapati dimensi yang sering digunakan oleh jurulatih adalah maklumbalas positif manakala dimensi kepimpinan yang paling kurang digunakan oleh jurulatih adalah autokratik. Hasil daripada kajian ini dapat memberi beberapa implikasi yang manfaat terhadap bidang sukan, khususnya kepada jurulatih dan pihak yang terlibat dalam pembangunan sukan mendalami aspek psikologi diri atlet yang akan mempengaruhi prestasi.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here