z-logo
open-access-imgOpen Access
Pemanfaatan Analisis Korpus sebagai Teknik Alternatif Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa
Author(s) -
Hishamudin Isam,
Mashetoh Abd Mutalib
Publication year - 2019
Publication title -
international journal of language education and applied linguistics
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2289-9294
pISSN - 2289-7208
DOI - 10.15282/ijleal.v9.594
Subject(s) - physics , humanities , art
Penggunaan teknik yang tepat, menarik dan terkini (bersifat kontemporari) sangat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Hal ini kerana melalui teknik yang tepat inilah, para pelajar dapat memanfaatkan tempoh masa yang terhad untuk memahami aspek penting dalam tatabahasa. Sesuai dengan perkembangan dan perubahan terkini silabus mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 6 yang bukan sahaja mementingkan aspek bahasa dan tatabahasa, malah adanya komponen baharu iaitu analisis bahasa, maka kajian ini mencadangkan agar teknik pengajaran dan pembelajaran tatabahasa berasaskan analisis korpus digunakan untuk mengajar topik tatabahasa Bahasa Melayu Tingkatan Enam. Pemanfaatan analisis korpus dimulakan dengan mencadangkan pangkalan data korpus DBP dan program daftar kata AntConc yang boleh digunakan untuk menganalisis kata. Seterusnya, fokus diteruskan kepada prosedur analisis berdasarkan kaedah demonstrasi yang melibatkan empat (4) langkah utama, sebelum dipanjangkan kepada satu contoh dapatan analisis kata (kata sendi nama daripada) yang melibatkan kaedah demonstrasi kepada pelajar. Berdasarkan senario semasa kaedah demonstrasi dijalankan, dapat dikatakan bahawa penggunaan teknik ini berupaya memupuk minat dan pelibatan pelajar aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dapatan ini menjadi penunjuk bahawa sekiranya teknik yang dirancang bersesuaian dengan pendekatan, kaedah, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, maka penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran berasaskan analisis data korpus mampu memberi impak positif, bukan sahaja kepada perkembangan pendidikan pelajar, tetapi dapat menyumbang kepada perkembangan pengkajian bidang bahasa dan linguistik Melayu di Malaysia.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here