z-logo
open-access-imgOpen Access
Paralinguistik dalam Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak
Author(s) -
Nur Nadirah Zukeflli,
Vijayaletchumy Subramaniam
Publication year - 2018
Publication title -
international journal of language education and applied linguistics
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2289-9294
pISSN - 2289-7208
DOI - 10.15282/ijleal.v8.526
Subject(s) - humanities , art
Paralinguistik merupakan suatu kajian tentang penggunaan suara atau vokalisasi, iaitu memperbesar dan mengecilkan suara, dan ia menjadi batasan antara interaksi verbal dengan bukan verbal atau bahasa badan. Paralinguistik adalah fokus utama kajian ini untuk membuktikan tentang penggunannya secara tidak langsung dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak. Penyelidikan ini berlandaskan Teori Jean Piaget dan teori paralinguistik yang diperkenalkan oleh Bloch dan Trager, dan penganalisisan data kajian dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan ciri paralinguistik dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak. Elemen paralinguistik yang menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini ialah seperti kualiti suara, vokal, anggota badan dan juga ekspresi wajah yang sangat kerap digunakan dalam membantu sesuatu proses pemerolehan bahasa kanak-kanak itu berlaku. Dapatan kajian mendapati hampir kesemua kanak-kanak yang melalu fasa pemerolehan bahasa akan menggunakan bantuan bahasa badan untuk berkomunikasi. Hal ini menunjukkan bahawa kehadiran aspek paralingustik adalah sangat perlu dalam melancarkan lagi proses pemerolehan bahasa terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here