z-logo
open-access-imgOpen Access
Jati Diri Melayu dalam Kumpulan Puisi Terpilih A. Aziz Deraman: Analisis Teori Pengkaedahan Melayu
Author(s) -
Syaidul Azam Kamarudin,
Arbaie Sujud
Publication year - 2017
Publication title -
international journal of language education and applied linguistics
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2289-9294
pISSN - 2289-7208
DOI - 10.15282/ijleal.v7.513
Subject(s) - humanities , art
Kajian ini menganalisis jati diri Melayu dalam kumpulan puisi A. Aziz Deraman iaitu Suara Gunung Kehidupan dan Gelora Nurani. Jati diri Melayu merupakan elemen yang terpenting kerana di dalamnya terkandung khazanah bangsa yang harus dipertahankan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dalam konteks pembangunan dan pemantapan jati diri Melayu, kajian ini adalah penting kerana melalui pemahaman jati diri yang mantap akan terpancar ketatasusilaan, kebijaksanaan dan pekerti bangsa Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Hal ini wajar diberi perhatian terutama dalam menghadapi polemik semasa serta cabaran globalisasi yang dikatakan mampu mengubah jati diri sesuatu bangsa. Kajian ini dijalankan secara analisis kandungan dan analisis kajian mengunakan prinsip yang dikemukakan oleh Hashim Awang dalam Teori Pengkaedahan Melayu. Manakala, aspek jati diri Melayu dalam puisi tersebut akan dianalisis melalui tiga aspek utama iaitu jati diri dalam aspek bahasa Melayu, jati diri dalam aspek agama dan jati diri dalam aspek budaya. Kajian mendapati bahawa ketulenan jati diri kemelayuan yang ditunjukkan oleh A. Aziz Deraman melalui puisinya berperanan sebagai iktibar, peringatan, dan nasihat yang dapat membawa manfaat dan menemukan kemuafakatan kepada masyarakat. Ini kerana ianya berlandaskan kepada ajaran dan etika Islam yang menjadi jalinan prinsip penting dalam Teori Pengkaedahan Melayu. Perkara ini sekaligus mencirikan kepenyairannya yang mempunyai jati diri kemelayuan yang mantap.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here