z-logo
open-access-imgOpen Access
Kohesi Gramatikal Penghubung dalam Karangan Berbahasa Melayu
Author(s) -
Nurmasitah Mat Hassan,
Jama’yah Zakaria
Publication year - 2015
Publication title -
international journal of language education and applied linguistics
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2289-9294
pISSN - 2289-7208
DOI - 10.15282/ijleal.v3.480
Subject(s) - humanities , psychology , art
Kohesi bermakna teks atau wacana berhubung antara satu sama lain bagi membina makna yang lebih jelas dan akhirnya dapat difahami oleh pembaca. Tiadanya kohesi dalam penulisan menyebabkan pembaca sukar memahami maklumat yang dibaca. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan aspek kohesi gramatikal dalam karangan Bahasa Melayu pelajar pada peringkat pengajian tinggi awam. Sampel kajian adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam dengan menggunakan karangan sebagai bahan kajian. Kajian ini menggunakan Teori Fungsional Fungsi Ayat. Data kajian diperoleh daripada karangan yang ditulis oleh pelajar yang mengambil kursus penulisan dalam Bahasa Melayu. Bagi tujuan keseragaman, tajuk karangan ditentukan dan tempoh penulisan adalah enam puluh minit. Datadata dikira dalam bentuk peratus dan dihuraikan. Analisis ini hanya membincangkan kohesi gramatikal jenis penghubung sahaja. Kohesi gramatikal penghubung terbahagi kepada lima bahagian iaitu penghubung pertambahan, penghubung pertentangan, penghubung sebab-akibat, penghubung waktu dan penghubung syarat. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar lebih banyak menggunakan kohesi gramatikal penghubung pertambahan dalam menulis karangan Bahasa Melayu.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here