
Model Regressi Penggunaan Rangkaian Sosial Pendidikan
Author(s) -
Nur Amalina Shamsudin,
Baharuddin Aris,
Mohd Shafie Rosli
Publication year - 2016
Publication title -
sains humanika
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
ISSN - 2289-6996
DOI - 10.11113/sh.v8n3.793
Subject(s) - humanities , sociology , philosophy
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kekerapan penggunaan rangkaian sosial dalam kalangan pelajar sarjana teknologi pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia serta mengkaji faktor-faktor penggunaannya. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan, soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan 70 orang sampel kajian dilibatkan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Faktor penggunaan dibahagikan kepada empat faktor iaitu faktor teknologi, faktor pendedahan, faktor kandungan serta faktor pengaruh sosial. Kebolehpercayaan instrumen kajian adalah 0.88. Ujian regresi pelbagai kaedah prosedur penyelesaian ke belakang digunakan bagi membangunkan model regressi penggunaan rangkaian sosial pendidikan. Hasil dapatan kajian mencadangkan pembangunan fizikal tidak perlu difokuskan, namun pembangunan infrastruktur bagi tujuan menyokong pembelajaran ubiquitous adalah disarankan.