z-logo
open-access-imgOpen Access
Analisis Faktor Kes Pembubaran Perkahwinan Yang Kerap Bermasalah Di Mahkamah Syariah
Author(s) -
Farah Safura Muhammud,
Aminuddin Ruskam
Publication year - 2016
Publication title -
sains humanika
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2289-6996
DOI - 10.11113/sh.v8n3-2.965
Subject(s) - physics , humanities , philosophy
Peningkatan kes pembubaran perkahwinan di Malaysia bukan sesuatu yang baharu. Bahkan peningkatan tersebut semakin membimbangkan dan memberi tekanan terutama kepada sistem pentadbiran Mahkamah Syariah. Terdapat beberapa elemen permasalahan yang  dibangkitkan seperti isu penangguhan kes, isu diskriminasi wanita,  dan isu kelemahan sistem pentadbiran Mahkamah Syariah.  Walaupun begitu hanya beberapa jenis kes sahaja yang didapati kerap bermasalah iaitu kes fasakh dan kes pengesahan lafaz cerai. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual mendalam yang melibatkan sepuluh Pegawai Syariah di Negeri Selangor. Seterusnya, dapatan kajian diolah menggunakan perisian Nvivo 10 dan menghasilkan jadual faktor kes yang kerap bermasalah di Mahkamah Syariah. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa kes perlu diberi perhatian. Justeru,  Faktor tersebut diharapkan dapat dimanfaatkan untuk penambahbaikan pentadbiran kes pembubaran perkahwinan di Mahkamah Syariah

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here