z-logo
open-access-imgOpen Access
Motivasi dan Halangan Bagi Pelajar Asing Menguasai Bahasa Melayu Melalui Pembelajaran Secara dalam Talian di Universiti Teknologi Malaysia
Author(s) -
Halimah Ma’alip,
Khuzaiton Zakaria,
Che Hazira Che Roza,
Nurul Adila Zulkipli
Publication year - 2021
Publication title -
lsp international
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
ISSN - 2601-002X
DOI - 10.11113/lspi.v8.17945
Subject(s) - humanities , art
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap motivasi pelajar asing dalam menguasai bahasa Melayu secara pembelajaran dalam talian. Selain itu, kajian ini juga menghuraikan halangan yang mempengaruhi mereka dalam menguasai bahasa Melayu melalui pembelajaran dalam talian. Kaedah kuantitatif dan instument soal selidik telah digunakan bagi memperoleh data kajian ini. Sebanyak 227 orang responden dipilih merupakan pelajar asing yang mengambil Kursus Bahasa Melayu Komunikasi dari pelbagai negara. Data dianalisis dan dipaparkan dalam bentuk min, sisihan piawai dan tahap interprestasi. Dapatan kajian ini mendapati bahawa min keseluruhan bagi tahap motivasi pelajar asing dalam menguasai bahasa Melayu secara dalam talian ialah tinggi. Hal ini membuktikan bahawa pelajar asing ini masih bersemangat untuk menguasai bahasa Melayu walaupun pembelajaran dijalankan secara dalam talian. Min keseluruhan bagi halangan pelajar asing menguasai bahasa Melayu ialah sederhana dan membuktikan bahawa halangan ini hanya dihadapi oleh segelintir pelajar sahaja. Sikap pelajar yang bermotivasi tinggi mampu mengatasi setiap halangan. Pelajar perlu menyesuaikan diri pada musim pandemik ini dan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan pengetahuan dalam pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here