z-logo
open-access-imgOpen Access
Kajian Terhadap Penggunaan IBS dalam Projek Swasta di Kawasan Lembah Klang
Author(s) -
Mohd Nasrun Mohd Nawi,
Mohamed Nor Azhari Azman,
Kamarul Anuar Mohamad Kamar,
Zuhairi Abd Hamid
Publication year - 2013
Publication title -
jurnal teknologi/jurnal teknologi
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
eISSN - 2180-3722
pISSN - 0127-9696
DOI - 10.11113/jt.v65.1929
Subject(s) - humanities , physics , art
Sektor pembinaan berasaskan industri atau Industrialised Building System (IBS) merupakan satu kaedah pembinaan menggunakan bahan binaan yang diindustrikan di kilang pembuatan. Kaedah ini dapat menggantikan kaedah konvensional dimana ia dapat mengurangkan tenaga buruh asing selain dapat meningkatkan kualiti binaan, pengurangan kos dan masa pembinaan. Kajian ini dijalankan bagi mewujudkan satu satu garis panduan yang boleh digunapakai khususnya dalam menggalakkan kesemua projek pembinaan swasta di Lembah Klang menggunakan Sistem IBS pada tahun 2015. Justeru, kajian ini dijalankan dengan mengukur tahap penggunaan IBS di dalam kerja-kerja pembinaan bangunan. Terdapat sebanyak 400 projek swasta di Lembah Klang telah dikenal pasti sebagai sampel untuk kajian ini dan 184 projek swasta telah menggunakan teknologi IBS yang mencapai skor IBS 55 peratus ke atas. Hasil daripada dapatan kajian ini telah mengenalpasti persepsi, halangan yang wujud dan langkah-langkah yang perlu diambil di dalam perlaksanaan serta mengkaji kriteria untuk membangunkan model perniagaan yang boleh dijadikan konsep untuk projek IBS di sektor swasta. 

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here