z-logo
open-access-imgOpen Access
Penggabungan Konsep 5S dan 3R untuk Menambahbaik Prestasi Alam Sekitar Syarikat Pembuatan PKS ke Arah Pembangunan Lestari
Author(s) -
Rahim Jamian,
Mohd Nizam Ab Rahman,
Baba Md Deros,
Nik Zainuddin Nik Ismail
Publication year - 2013
Publication title -
jurnal teknologi/jurnal teknologi
Language(s) - Slovenian
Resource type - Journals
eISSN - 2180-3722
pISSN - 0127-9696
DOI - 10.11113/jt.v65.1116
Subject(s) - physics , mathematics
Syarikat pembuatan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan pencemaran alam sekitar global. Kini, konsep hijau yang mengambilkira kepentingan alam sekitar dalam amalan pengurusan semakin menjadi keutamaan syarikat pembuatan untuk mencapai keberdayasaingan. Namun, PKS menghadapi kesukaran untuk mengguna pendekatan sedia ada disebabkan kekangan sumber. Kertas kerja ini mencadang kerangka konsep pelaksanaan amalan hijau (GP) dengan menggarap penggunaan kaedah 5S dan 3R untuk memenuhi keperluan syarikat pembuatan PKS di Malaysia. Kajian terdahulu membuktikan amalan 5S berjaya menambahbaik prestasi syarikat tanpa memerlukan pelaburan yang besar. Manakala aktiviti 3R adalah asas bagi GP, dan ia dilihat mampu dilaksana oleh PKS untuk mengurangkan kesan alam sekitar. Di akhir kertas kerja ini, beberapa cadangan terhadap penggabungan konsep 5S dan 3R dibentang. Ia menumpu kepada operasi pembuatan dan sokongan untuk membantu PKS dalam menambahbaik prestasi operasi dan alam sekitar ke arah pembangunan lestari, sekaligus memberi mereka kelebihan untuk berdaya saing.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here