z-logo
open-access-imgOpen Access
Rangsangan Motivasi Ketibaan Pelancong Asing Mengikut Kawasan ke Malaysia
Author(s) -
Norlida Hanim Mohd Salleh,
Siti Hajar Mohd Idris,
Md Shafiin Shukor,
Roohaida Othman
Publication year - 2013
Publication title -
jurnal teknologi/jurnal teknologi
Language(s) - English
Resource type - Journals
SCImago Journal Rank - 0.191
H-Index - 22
eISSN - 2180-3722
pISSN - 0127-9696
DOI - 10.11113/jt.v64.1581
Subject(s) - physics , humanities , philosophy
Rangsangan motivasi perjalanan pelancong merupakan satu aspek penting dalam kajian literature pelancongan. Kajian ini menganalisis faktor motivasi tolakan dan tarikan berdasarkan sampel 200 responden daripada empat kawasan iaitu Asia Tenggara, Asia Barat, Eropah dan Amerika. Pemilihan empat region ini adalah disebabkan oleh beberapa alasan di mana, i) Pasaran Asia Tenggara merupakan pembekal utama ketibaan pelancong, ii) Pasaran Asia Barat pula menunjukkan peningkatan ketibaan yang tinggi kesan daripada insiden 11 September, iii) Pasaran Eropah dan Amerika adalah untuk mewakili pasaran dari negara maju. Analisis min digunakan dalam kajian ini untuk menerangkan kepentingan setiap faktor rangsangan motivasi pelancong. Analisis jurang (perbezaan antara min) bagi semua pemboleh ubah tolakan dan tarikan turut dilakukan. Setiap faktor ransangan diukur dengan item-item yang mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian rangsangan motivasi tolakan menunjukkan bahawa pemboleh ubah tolakan yang paling penting ialah untuk mengalami sesuatu yang berbeza. Manakala kesejahteraan dan keselamatan adalah pemboleh ubah terpenting untuk rangsangan motivasi tarikan. Bagaimanapun, hasil ujian perbandingan rangsangan motivasi pelancong adalah berbeza-beza mengikut kawasan. Dengan itu, kerajaan perlu menitikberatkan aspek kesejahteraan dan keselamatan serta menjadikan faktor-faktor lain hasil dapatan kajian ini sebagai panduan dalam membuat dasar berkaitan pelancongan. Hasil kerja ini dapat dijadikan panduan kepada pembuat dasar dalam mengetahui perkara sebenar yang meransang ketibaan pelancong ke Malaysia dan seterusnya memperbaiki kelemahan fasiliti dan tarikan yang diperlukan oleh para pelancong. 

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here