Tahap Kemahiran Employability Pelajar Kejuruteraan dari Perspektif Majikan
Author(s) -
Mohd Yusof Husain,
Mohamad Sattar Rasul,
Ramlee Mustapha,
Rose Amnah Abd Rauf
Publication year - 2013
Publication title -
jurnal teknologi
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2180-3722
pISSN - 0127-9696
DOI - 10.11113/jt.v62.1372
Subject(s) - physics , humanities , general education , employability , psychology , pedagogy , philosophy
Majikan kini memerlukan pekerja yang menguasai kemahiran teknikal dan kemahiran employability. Namun kemahiran employability yang dikuasai oleh graduan institusi pendidikan tinggi masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingini oleh majikan terutamanya dalam bidang kejuruteraan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kemahiran employability pelajar kejuruteraan institusi teknikal dari perspektif majikan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Seramai 171 responden daripada majikan kejuruteraan yang menyediakan latihan industri kepada pelajar terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini diadaptasi daripada instrumen Modul Kemahiran Insaniah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skill (SCANS) Amerika, Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM), MyGSI, IKGPP dan beberapa model daripada kajian terdahulu. Pemboleh ubah yang dikaji ialah kemahiran komunikasi, kemahiran kerohanian, kerja berpasukan, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, keusahawanan, etika dan moral, menggunakan teknologi dan kemahiran sosial. Data soal selidik dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan inferens. Hasil analisis mendapati tahap kemahiran employability pelajar kejuruteraan daripada perspektif majikan berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran employability pelajar yang dinilai berbanding jenis industri, jawatan dan pengalaman majikan dan lokasi syarikat.
Accelerating Research
Robert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom
Address
John Eccles HouseRobert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom