
Penentuan Kedudukan Penderia Pancaran Akustik Pada Enjin Diesel Untuk Pemonitoran Kelikatan Minyak Pelincir
Author(s) -
Othman Inayatullah,
Mohd Jailani Mohd Nor,
Nordin Jamaluddin,
Taib Iskandar Mohamad
Publication year - 2012
Publication title -
jurnal teknologi/jurnal teknologi
Language(s) - English
Resource type - Journals
SCImago Journal Rank - 0.191
H-Index - 22
eISSN - 2180-3722
pISSN - 0127-9696
DOI - 10.11113/jt.v49.189
Subject(s) - physics , humanities , art
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kedudukan penderia pancaran akustik yang paling baik dalam pemonitoran kelikatan minyak pelincir dengan menggunakan blok enjin diesel sebagai model kajian. Setiap isyarat yang dirambat akan diterjemahkan ke dalam isyarat domain masa dan jelmaan fourier pantas. Tumpuan parameter kajian adalah nilai tenaga pancaran akustik. Hasil kajian ini pula menunjukkan bahawa nilai parameter berbeza pada setiap kedudukan penderia yang disebabkan oleh jarak penderia dari sumber tenaga pancaran akustik dengan nilai faktor k yang malar. Hasil kajian menunjukkan kedudukan penderia yang paling baik untuk pemonitoran kelikatan minyak pelincir pada enjin adalah di bahagian bawah, iaitu pada penghujung skrit omboh semasa omboh berada di pusat mati bawah. Ini menunjukkan bahawa jarak penderia dari pusat sumber isyarat mempengaruhi nilai tenaga pancaran akustik.Kata kunci: Tenaga pancaran akustik; kelikatan minyak pelincir; faktor k; kedudukan penderiaThis works aim to characterize the better sensor location in lubrication viscosity monitoring using diesel block as a media. The entire signal propagation was analysis by time domain and Fast Fourier Transform. The acoustic emission energy is the important parameter in this study. The result shows that for different parameter sensor location, a different parameter value is obtained because of the distance between sensor location and acoustic emission energy source with constant k factor. From the result, the best sensor location for monitoring lubrication viscosity in engine is at the end of the piston skirt when the piston is at under bottom dead center. The influence of acoustic emission energy is the length of the sensor located is considered.Key words: Acoustic emission energy; lubrication viscosity; k factor; sensor location