z-logo
open-access-imgOpen Access
Kesediaan Pelajar Tingkatan Empat Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
Author(s) -
Abdul Rahim Hamdan,
Nor Hidayah Musa
Publication year - 2012
Publication title -
jurnal teknologi/jurnal teknologi
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2180-3722
pISSN - 0127-9696
DOI - 10.11113/jt.v48.248
Subject(s) - humanities , general education , physics , psychology , pedagogy , art
Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini melibatkan sampel kajian yang terdiri daripada 78 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 yang mengambil Jurusan Kejuruteraan Awam. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah α = 0.906. Data–data mentah dianalisis menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences 13.0 (SPSS) untuk mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar berada pada tahap yang sederhana. Hasil ujian–t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan minat dan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Dapatan kajian ini boleh dijadikan asas kepada pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membantu pelajar dalam mengikuti mata pelajaran ini serta dalam mata pelajaran teknikal yang lain.Kata kunci: Kesediaan; minat; kemahiran; pengetahuan sedia adaThis research was carried out to study the student’s readiness in the aspect of interest, English Language skills and the prior knowledge towards learning in Civil Engineering Studies at Menengah Teknik Seri Iskandar. This descriptive reseoafrch involved 78 responden of form four students in the session of 2007 who enrolled in the Civil Engineering Course. Questionnaire was used as an instrument in this research with the reliability at α = 0.906. Raw data was analyzed by using Statistical Packages for the Social Sciences 13.0 (SPSS) in order to get the frequency, percentage and mean of the data. The result shows that the student’s readiness towards learning in Civil Engineering Studies at Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar were at a medium level in the aspect of interest, English Language skills and their prior knowledge. Result of t–test shows that, there are no different between genders in the aspect of interest and English Language skills towards the learning in Civil Engineering Studies. On the other hand, there is a different between genders in the aspect of prior knowledge towards the learning of Civil Engineering Studies. It is hoped that the findings can be used as a guide for schools, State of Education Department (JPN) and Ministry of Education Malaysia (KPM) in order to help students that enrolled to this subject and as well as other technical subjects.Key words: Readiness; interest; skills; prior knowledge

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here