z-logo
open-access-imgOpen Access
Kesan Latihan Perguruan ke atas Faktor Pemilihan Perguruan
Author(s) -
Mohamed Najib Abdul Ghafa,
Mat Ariffin
Publication year - 2012
Publication title -
jurnal teknologi/jurnal teknologi
Language(s) - English
Resource type - Journals
SCImago Journal Rank - 0.191
H-Index - 22
eISSN - 2180-3722
pISSN - 0127-9696
DOI - 10.11113/jt.v48.243
Subject(s) - humanities , general education , mathematics , physics , mathematics education , art
Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor–faktor pemilihan profesion perguruan dan kaitan dengan tahun pengajian pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan 221 orang sampel dari pelajar tahun 1 dan tahun 4 yang mengikuti kursus pendidikan di sini. Instrumen yang digunakan adalah set soal selidik untuk menjawab persoalan kajian yang dikaji oleh penyelidik. Data telah diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan nilai min, peratusan dan kekerapan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan nilai min keseluruhan bagi setiap faktor–faktor pemilihan profesion perguruan, iaitu prestij (4.00) minat (3.76), ganjaran (3.58), persekitaran kerja (3.59) dan faktor yang paling rendah ialah faktor pengaruh (3.09). Kajian mendapati hanya satu faktor sahaja yang meningkat, iaitu faktor pengaruh, faktor prestij tidak berubah dan faktor minat, persekitaran kerja dan pengaruh menunjukkan penurunan setelah mendapat kursus pendidikan di sini. Di akhir kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak–pihak terbabit agar dapat mengambil langkah–langkah menangani masalah yang timbul hasil daripada kajian ini. Diharapkan kajian ini dapat menjadi sumber rujukan kepada para pelajar dan pihak–pihak berkenaan.Kata kunci: Faktor pemilihan perguruan; kesan latihan; soal selidik

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here