
Pemegunan Enzim Urease dalam Bahan Hidrogel Metakrilat untuk Menghasilkan Membran Biosensor Urea
Author(s) -
Sook Mei Khor,
Yook Heng Lee,
Musa Ahmad
Publication year - 2012
Publication title -
jurnal teknologi/jurnal teknologi
Language(s) - English
Resource type - Journals
SCImago Journal Rank - 0.191
H-Index - 22
eISSN - 2180-3722
pISSN - 0127-9696
DOI - 10.11113/jt.v45.341
Subject(s) - urease , chemistry , urea , chromatography , nuclear chemistry , organic chemistry
Bahan hidrogel metakrilat yang disediakan secara foto–pempolimeran telah dikaji sebagai satu matriks untuk pemegunan enzim urease. Tujuan utama penyediaan membran metakrilat untuk pemegunan enzim urease adalah untuk menilai sama ada membrane jenis ini boleh digunakan dalam reka bentuk biosensor urea. Sifat kehidrofilikan/kehidrofobikan hidrogel dimanipulasikan melalui komposisi monomer 2–hidroksil etil metakrilat (HEMA) dan metil metakrilat (MMA). Kajian pemegunan enzim yang telah dilakukan termasuk pemegunan urease secara foto–pempolimeran, kajian larut resap urease daripada membran dan penilaian ke atas sifat keaktifan enzim yang terpegun. Tiga jenis membran polimer telah dikaji, iaitu dua jenis membran yang disediakan secara foto–pempolimeran (fotoHEMA iaitu 100% HEMA dan MH28, nisbah MMA : HEMA = 2 : 8) dan juga polimer poli(2–hidroksietil metakrilat) (pHEMA) yang boleh didapati secara komersial dan digunakan sebagai perbandingan. Hasil kajian menunjukkan bahawa urease boleh di pegunkan dalam bahan hidrogel metakrilat secara foto–pempolimeran terus tanpa enzim dinyahaktifkan walaupun terdedah kepada cahaya ultra–lembayung. Penggunaan komposisi MMA : HEMA dan proses penyediaan membran secara foto–pempolimeran dapat menghasilkan sifat kehidrofilikan/kehidrofobikan bahan membran hidrogel yang dikehendaki dan seterusnya kelarutresapan enzim juga dikurangkan berbanding membran daripada pHEMA komersial. Bahan hidrogel metakrilat foto–polimer yang paling sesuai sebagai matriks pemegunan enzim urease untuk tujuan kegunaan biosensor urea ialah hidrogel MH28 yang mempunyai peratus serapan air