
Strategi Dan Keyakinan Pengajaran Guru Sains Pertanian Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Author(s) -
Ramlah Hamzah,
Norehan Md.Shariff
Publication year - 1997
Publication title -
jurnal teknologi/jurnal teknologi
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
SCImago Journal Rank - 0.191
H-Index - 22
eISSN - 2180-3722
pISSN - 0127-9696
DOI - 10.11113/jt.v27.1018
Subject(s) - humanities , physics , philosophy
Mata pelajaran Sains Pertanian adalah salah satu mata pelajaran yang mengalami perubahan. Tujuan kajian ialah untuk mengkaji pengajaran mata pelajaran sains Pertanian dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Populasi kajian ialah guru yang mengajar mata pelajaran sains Pertanian di sekolah menengah di Malaysia. Data dikumpul melalui soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik hasil penemuan menunjukan guru menggunakan pelbagai strategi pengajaran. Teknik perbincangan merupakan teknik pengajaran yang senang digunakan oleh guru. Teknik pengajaran berbentuk inkuiri juga ada digunakan. Guru melaporkan yang mereka mempunyai keyakinan yang rendah dan sederhana bila mengajar tajuk tentang teknologi dalam pertanian. Guru berijazah lebih berkeyakinan mengajar mata pelajaran ini berbanding dengan guru bukan berijazah. Kajian mencadangknn penekanan kepada strategi pengajaran yang membentuk kepada kemahiran saintifik dan kebolehan berfikir supaya objektif KBSM tercapai.