z-logo
open-access-imgOpen Access
Kesan Kemelesetan Ekonomi Terhadap Prestasi Kewangan Industri Pembinaan Di United Kingdom
Author(s) -
Abdul Hakim Mohammed,
Mohammad Razali Abdul Kadir
Publication year - 1994
Publication title -
jurnal teknologi/jurnal teknologi
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
SCImago Journal Rank - 0.191
H-Index - 22
eISSN - 2180-3722
pISSN - 0127-9696
DOI - 10.11113/jt.v23.1080
Subject(s) - business administration , business , political science , humanities , art
Kemelesetan ekonomi di United Kingdom (UK) telah bermula pada tahun 1989. Bagaimanapun sehingga Jun 1993, keadaan ini masih belum berakhir. Industri pembinaan di UK merupakan salah satu industri yang paling teruk dilanda kemelesetan ekonomi pada kali ini berbanding dengan tahun 1974. Kajian ini cuba melihat sejauh manakah kemelesetan ekonomi ini telah memberikan kesan terhadap prestasi kewangan industri pembinaan tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesan yang dialami sangat nyata apabila dilihat daripada sudut keuntungan yang diperolehi. Aras keuntungan firma-firma pembinaan telah menjunam jatuh secara mendadak pada tahun 1990 dan 1991. Pada tahun 1992 banyak firma pembinaan yang besar turut mengalami kerugian besar. Industri pembinaan secara keseluruhannya bersikap reaktif terhadap perubahan keadaan ekonomi, ini dapat dilihat dalam strategi yang telah diambil dalam menghadapi kemelesetan tersebut, antaranya seperti: memberhentikan aktiviti atau menjual anak-anak syarikat yang tidak menguntungkan; mengurangkan beban hutang firma; mendapatkan modal tunai melalui pengeluaran kena (right issues), menyusun semula organisasi; memperketatkan kawalan kos dan mengurangkan perbelanjaan asas (overhead).

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here