Open Access
Pengaruh Bahan Tambah Terhadap Kekuatan Dan Kebolehtelapan Simen Penggerudian Telaga
Author(s) -
Abu Azam Mohd Yassin,
Mohd. Fauzi Haji Hamid
Publication year - 1989
Publication title -
jurnal teknologi/jurnal teknologi
Language(s) - English
Resource type - Journals
SCImago Journal Rank - 0.191
H-Index - 22
eISSN - 2180-3722
pISSN - 0127-9696
DOI - 10.11113/jt.v14.996
Subject(s) - physics
Kajian di makmal telah dijalankan untuk mengkaji pengaruh heberapa bahan tambah, pengaruh pencemaran garam dan pengaruh suhu rawatan ke atas sifat kekuatan mampatan dan ketertelapan Simen API Kelas G. Kajian dijalankan menggunakan alat Penguji Kekuatan Mampatan Simen dan Pengukur Ketertelapan Simen. Bahan tambah yang digunakan adalah bentonit, kalsium lignosulfonat dan natrium klorida. Selain digunakan sebagai bahan tambah, NaCl juga bertindak sebagai garam pencemar. Keputusan dari kajian ini menunjukkan penambahan bentonit ke dalam simen akan menurunkan kekuatan mampatan dan meningkatkan ketertelapan simen. Kalsium lignosulfonat juga memberikan kesan yang sama seperti bentonit iaitu menurunkan kekuatan mampatan dan meningkatkan ketertelapan simen. Natrium klorida memberikan kesan yang berbeza ke atas simen bergantung kepada kepekatan yang digunakan. Pada kepekatan yang rendah (di bawah 7%), NaCl akan meningkatkan kekuatan mampa1an dan menurunkan ketertelapan simen. Tetapi pada kepekatan yang tinggi (melebihi 7%), NaCl akan memberikan kesan yang sebaliknya iaitu menurunkan kekuatan mampatan dan meningkatkan ketertelapan simen. Pencemaran garam ke atas simen mengandungi 2% bentonit dan simen mengandungi 0.2% kalsium lignosulfonat juga memberikan kesan yang sama seperti kesan ke atas simen bersih. Suhu rawatan juga mempengaruhi kekuatan dan ketertelapan simen. Peningkatan suhu rawatan dari 80°F ke 180°F akan meningkatkan kekuatan dan menurunkan ketertelapan simen.