LEVEL OF PREPARATION AND TEACHER'S TRAINING REQUIREMENTS IN IMPLEMENTING THE HOTS IN SCIENCE TEACHING
Author(s) -
Norshuhada Jusoh,
Kamisah Osman
Publication year - 2019
Publication title -
international journal of modern trends in social sciences
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
ISSN - 2600-8777
DOI - 10.35631/ijmtss.28005
Subject(s) - cronbach's alpha , rasch model , mathematics education , psychology , higher order thinking , science education , descriptive statistics , teaching method , mathematics , statistics , cognitively guided instruction , developmental psychology
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap kesediaan guru Sains sekolah kebangsaan di Daerah Kuala Pilah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras tinggi (KBAT) dalam PDPC serta tahap keperluan latihan berfokuskan KBAT dalam PDPC Sains. Kajian berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk memilih responden yang terdiri daripada 124 orang guru Sains sekolah Kebangsaan di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Data dianalisis menggunakan perisian Winstep 3.71.0.1 dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch untuk pemerihalan data deskriptif. Nilai Cronbach Alpha yang diperoleh dalam kajian rintis sebanyak 0.95. Dapatan kajian menunjukkan guru Sains mempunyai kesediaan pengetahuan KBAT pada tahap tinggi (min skor = 3.85, min ukuran +0.29). Data ini menunjukkan bahawa guru Sains ini telah mempunyai kesediaan pengetahuan yang tinggi merangkumi pengetahuan asas KBAT, pengetahuan pedagogi KBAT, pembinaan item KBAT dan pentaksiran KBAT untuk diaplikasikan dalam kelas. Analisis juga menunjukkan tahap keperluan latihan guru mengaplikasikan KBAT secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi (min skor = 4.21, min ukuran= -0.87). Dapatan ini menyimpulkan bahawa guru Sains telah memiliki kesediaan pengetahuan yang tinggi untuk melaksanakan KBAT dalam PDPC Sains namun mereka juga memerlukan latihan untuk memperkasakan penguasaan sedia ada. Kajian membawa implikasi terhadap keperluan latihan para guru yang mana penganjuran latihan dan kursus kelak diharapkan dapat menyumbang peningkatan kualiti profesionalisme guru melalui penganjuran latihan berkaitan amalan KBAT dalam PDPC Sains.
Accelerating Research
Robert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom
Address
John Eccles HouseRobert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom