z-logo
open-access-imgOpen Access
ACHIEVEMENT LEVEL OF CHINESE LANGUAGE AMONG THE PRESERVICE TEACHERS AT INSTITUTION OF TEACHERS EDUCATION
Author(s) -
Chew Fong Peng,
Chor Ter Tan,
Fonny Hutagalung
Publication year - 2019
Publication title -
international journal of education psychology and counseling
Language(s) - Slovenian
Resource type - Journals
ISSN - 0128-164X
DOI - 10.35631/ijepc.433006
Subject(s) - malay , test (biology) , psychology , bachelor , mathematics education , chinese language , pedagogy , linguistics , history , paleontology , philosophy , archaeology , biology
Abstrak: Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penguasaan Bahasa Cina guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Guru-guru pelatih yang dipilih terdiri daripada dua program yang berbeza, iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (PDPLI). Seramai 389 orang sampel dipilih daripada 16 buah institut pendidikan guru di seluruh negara dengan kaedah persampelan berkelompok dan rawak mudah. Instrumen kajian ini terdiri daripada ujian bahasa Cina yang digunakan untuk mengukur prestasi pencapaian bahasa Cina serta soal selidik yang bertujuan untuk mengukur penguasaan tahap kemahiran bahasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa keputusan ujian Bahasa Cina bagi guru pelatih PISMP menunjukkan peratusan kelulusan setinggi 99.63%, manakala guru pelatih DPLI memperolehi 72.28%. Seterusnya, perbandingan secara keseluruhan mendapati majoriti guru pelatih menguasai kemahiran bahasa dengan baik dalam kemahiran berkomunikasi, membaca dan menulis. Namun begitu, ujian-t menunjukkan keputusan ujian-t bahawa terdapat perbezaan pencapaian Bahasa Cina yang signifikan antara responden program PISMP dan responden DPLI dengan t = 19.76, p < .05, η = .67. Ini bererti tahap penguasaan kemahiran bahasa guru pelatih PISMP adalah lebih baik daripada guru pelatih DPLI. Oleh itu, para guru pelatih Melayu haruslah kerap bergaul dengan penutur jati untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan bahasa, linguistik dan ilmu budaya Cina, seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran mereka di dalam kelas.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here
Accelerating Research

Address

John Eccles House
Robert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom