Reka Bentuk Rumah Tradisional Negeri Sembilan Dipengaruhi oleh Adat dan Kedaerahan
Author(s) -
Noor Hayati Ismail,
Shahrul Kamil Yunus,
Mastor Surat
Publication year - 2016
Publication title -
wacana seni journal of arts discourse
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
SCImago Journal Rank - 0.115
H-Index - 2
eISSN - 2180-4311
pISSN - 1675-3410
DOI - 10.21315/ws2016.15.5
Subject(s) - art , humanities
Keunikan reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan melambangkan masyarakat Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Reka bentuknya mewakili pelbagai maksud tersendiri yang sering dikaitkan dengan identiti Adat Perpatih dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat tersebut. Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan adalah sistem adat bernasabkan ibu atau sistem kekerabatan matrilineal yang mempunyai hubungan rapat dengan reka bentuk seperti orientasi, susun atur ruang, komponen lantai, dinding, struktur tiang, dan ragam hias dalaman rumah tradisional Negeri Sembilan. Selain itu, reka bentuk bumbung panjang yang lentik dengan kedua-dua hujung bumbungnya naik ke atas sedikit telah menjadi identiti seni bina di Negeri Sembilan yang tersendiri. Adat pepatih dan faktor kedaerahan telah mempengaruhi reka bentuk rumah tradisional ini. Namun keaslian konsep dan falsafah reka bentuk seni bina rumah ini telah disalaherti kan dengan mengatakan ia menyamai reka bentuk rumah adat di Minangkabau. Kajian ini di jalankan bagi bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisa jenis-jenis rumah yang terdapat di Negeri Sembilan. Lokasi kajian melibatkan beberapa buah kampung iaitu rumah-rumah tradisional di Padang, Bukit Tinggi, Kampar Kiri, Indonesia dan Rembau, Kuala Pilah dan Tampin di Negeri Sembilan. Pengumpulan data telah diperolehi menerusi proses pemerhatian, temu bual, dan pengambilan foto-foto yang berkaitan. Sehubungan dengan ini, identiti dan keunikan rumah tradisional Negeri Sembilan yang semakin sukar dikekalkan serta kurangnya penjelasan dapat difahami oleh masyarakat generasi masa kini.
Accelerating Research
Robert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom
Address
John Eccles HouseRobert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom