
PEMBANGUNAN ETOS BUDAYA ETNIK MELAYU MENGHARUNGI PEMODENAN: KAJIAN KES DI PULAU TUBA, LANGKAWI
Author(s) -
Norzaliza Ghazali,
Norhafidah Ibrahim,
Melor Fauzita Yusoff
Publication year - 2016
Publication title -
proceedings of the icecrs
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2548-6160
DOI - 10.21070/picecrs.v1i1.651
Subject(s) - geography , sociology
Artikel ini membincangkan pembangunan etos budaya etnik Melayu yang berlaku di Pulau Tuba, Langkawi. Artikel ini bertujuan menilai impak proses pembangunan Langkawi ke atas perubahan pola kependudukan di Pulau Tuba. Data yang digunakan dalam penulisan ini diperolehi daripada kajian lapangan yang telah dilakukan di Pulau Tuba, Langkawi yang merupakan kawasan penempatan masyarakat yang keseluruhannya beragama Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa arus pembangunan ekonomi dan infrastruktur yang berlaku di pulau besar Langkawi hampir dua dekad lalu telah berjaya mengubah ekosistem pulau tersebut. Namun, hasil kajian juga menunjukkan bahawa masyarakat di Pulau Tuba tidak menerima pengaruh yang besar dan masih mengamalkan nilai budaya Melayu tradisi dalam meneruskan kelangsungan hidup.